Badan digesa larang wanita tutup muka

Pemerintah Belanda enggan haram burka tetapi mahukan sekolah, badan awam larang pemakaiannya.



MUKA HARUS TERBUKA: Pakaian burka seperti yang dipakai wanita-wanita Islam ini tidak akan dibenarkan di semua sekolah, pengangkutan awam dan pejabat perkhidmatan awam Belanda.
Pemerintah Belanda mahu semua sekolah, badan awam dan syarikat pengangkutan awam melarang pakaian wanita Islam yang menutup muka mereka, tetapi ia tidak akan mengharamkan burka, kata seorang menteri semalam.Menteri Ehwal Dalam Negeri Belanda, Encik Guusje ter Horst, berkata badan-badan awam sudah pun mempunyai wadah undang-undang untuk mengharamkan pakaian yang menutup muka wanita Islam itu.

“Kami tidak akan mengharamkan apa-apa tetapi kami percaya bahawa pertubuhan-pertubuhan (sekolah-sekolah, majlis-majlis perbandaran dan syarikat pengangkutan awam) juga merasakan (bahawa memakai burka) adalah tidak diingini,” jelas Encik Ter Horst.

Sebahagian besar parti-parti politik dalam parlimen Belanda menyokong pengharaman penuh terhadap pemakaian burka, yang menutup susuk tubuh wanita Islam dari kepala hingga jari kaki.

Namun, pemerintah Belanda berkata pengharaman terhadap pakaian itu akan melanggar hak kebebasan beragama dan mencabuli hak asasi terhadap kesamaan.

“Kabinet berpendapat memakai pakaian yang menutup muka sebagai sesuatu yang tidak diingini… Pada masa yang sama, memakai pakaian menutup muka Islam – seperti burka atau niqab – adalah hak pengamalan agama dan kebebasan beragama hanya boleh dilanggar dalam keadaan yang amat istimewa dan tertentu,” kata para menteri kabinet Belanda itu dalam satu kenyataan.

Encik Ter Horst berkata pemerintah Belanda akan menggesa sekolah-sekolah, penyedia khidmat pengangkutan awam, majlis perbandaran dan syarikat-syarikat awam lain untuk melarang kakitangan, pelajar dan penumpang mereka daripada memakai pakaian yang menutup muka itu.

Jika rundingan-rundingan itu gagal, pihak kabinet Belanda masih boleh memperkenalkan undang-undang penguat kuasa, kata para menteri tersebut. Burka membolehkan wanita Islam melihat menerusi sehelai kain jarang di bahagian muka mereka, manakala niqab pula menutup muka wanita berkenaan kecuali di bahagian mata.

Pihak media Belanda menganggarkan hanya sekitar 150 wanita Islam di sana memakai pakaian yang menutup muka daripada sejumlah 16 juta orang penduduk negara itu. Pada Oktober 2005, sebahagian besar Anggota Parlimen (AP) Belanda menyokong satu usulan oleh seorang AP Belanda yang berhaluan paling kanan, Encik Geert Wilders, untuk mengharamkan burka di tempat-tempat awam.

Namun, pemerintah Belanda sebaliknya mahukan semua sekolah dan syarikat pengangkutan awam di negara itu mengharamkan pemakaian semua pakaian yang menutup muka, termasuk balaclava dan topi keledar motosikal.

Ia juga merancang untuk mengadakan klausa khas dalam kontrak perkhidmatan kakitangan awam Belanda, yang melarang mereka daripada memakai pakaian yang menutup muka. Persatuan-persatuan pengangkutan awam Belanda bagaimanapun pernah berkata bahawa pengharaman ke atas burka “tidak dapat dilaksanakan dan tidak perlu”. – AFP
Continue reading

Amah diberkas lepas disyaki dera bayi majikan!!

Seorang amah Indonesia diberkas polis kerana disyaki mendera bayi lelaki majikannya yang berusia dua bulan setelah videonye menendang bayi itu di paparkan dalam Internet di laman YouTube oleh ibu bapanya.

Amah berusia 20-an tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin setelah disoal siasat polis.

Siasatan ke atasnya masih diteruskan.

Ibu bapa bayi itu telah memasang sistem televisyen litar tutup (CCTV) baru-baru ini di rumah mereka di Paya Lebar Crescent.

Mereka membuat laporan polis pada 26 Januari lalu dan telah memaparkan rakaman video itu di YouTube.

Sejauh ini, rakaman itu telah menarik perhatian seramai 36, 000 pengunjung. Seorang warga Internet yang dikenali sebagai PrincessJuly83 memberi ulasan:

“Saya amat marah menyaksikan video ini. Bagaimanakah seorang amah boleh melakukan perkara sedemikian? Saya ibu dua anak dan tahu bagaimana sakitnya hati melihat anak anda diperlakukan sedemikian.

“Saya harap bayi itu sihat tanpa kecederaan dalaman atau luaran.”

Majikan amah itu berkata mereka memutuskan untuk memasang CCTV setelah melihat laporan tentang amah didakwa di mahkamah kerana mendera anak majikan.

Mereka terkejut apabila melihat amah mereka sendiri melakukan perbuatan sedemikian. Menurut mereka, amah itu amat sopan dan lemah lembut apabila berada di depan mereka.

“Kami tidak menyangka dia akan berlaku kasar tehadap anak kami,” ujar majikan yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Wong itu, di internet.

Beliau memutuskan untuk memaparkannya di Internet supaya dilihat oleh ibu bapa lain agar lebih berwaspada terhadap amah yang menjaga anak mereka di rumah.

Sila rujuk pada rakaman video tersebut di bawah:

Maid abused baby 1

Maid abused baby 2

Maid abused baby 3

Maid abused baby 4

Maid abused baby 5

Maid abused baby 6

Komentar Muslimah:

Kejadian sebigini sebenarnya sudah berkali-kali berlaku. Di mana pengasuh dari Indonesia seringkali menganiaya bayi-bayi yang tidak berdosa. Kalau memang ia ada dendam dengan majikannya, bukan kepada bayi itu yang harus mereka lepaskan. Apakah pengasuh-pengasuh dari Indonesia kebanyakannya tidak waras atau memang mereka ini segelintir daripada Hospital Gila?? Saya pernah menyaksikan ramai pengasuh dari Indonesia ini selalu membiarkan anak-anak majikan mereka tidak diberi makan mahupun minum. Sedangkan dia asyik berasmara menelefon bangla-bangla dengan menggunakan ‘public phone’ di bawa kolong blok. Yang segelintir itu membawa anak majikannya yang tidak berbaju dan hanya ber’pampers’ yang terlondeh. Kemungkinan penuh dengan najisnya. Setiap kali kejadian ini sering saya terlihat selepas saja saya pulang dari sekolah. Kesihan dan amat simpati sekali saya melihat cara mereka begitu ‘aggressive’ terhadap anak-anak yang tidak berdosa itu. Terutama sekali kepada bayi-bayi yang dijaganya. Walaupun anak atau bayi itu dari keturunan bangsa asing, bukankah dia lebih mengetahui yang dibawanya itu bayi & anak-anak yang masih kecil lagi? Yang ada diseretnya sepanjang perjalanan. Sungguh sadis sekali jika dilihat tanpa menegur. Saya tidak kira dan tidak ambil peduli jika ingin dibentaknya. Saya menegur dengan nada yang cukup tegas: “Jika sekali lagi kamu lakukan perbuatan seperti ini, aku tidak akan teragak-agak untuk menelefon agen ataupun polis! Ngerti!!”

Continue reading

Saya tak sanggup lihat dia menderita lagi…

Ayah dan ibu rela alat bantuan pernafasan anak yang cedera dicabut.

Nyawa seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terhenti setelah doktor mencabut alat bantuan pernafasannya tengah hari semalam. Bapa kanak-kanak Encik Amat (bukan nama sebenar) memberitahu Berita Harian (BH), doktor di Unit Jagaan Rapi (ICU) Hospital Wanita dan KK mengambil tindakan itu setelah mendapat persetujuan beliau dan isterinya.

Continue reading