...اشكر علي جميع نعم الله » Artikel

Teman “merimaskan”??
Teman yang lagi baik anda jauhi ialah yang terlalu taksub tentang diri sendiri. Segala-galanya hanyalah tentang dirinya. Kalau anda keluar makan bersamanya, dia tak akan endahkan tentang anda tetapi hanya akan berbual tentang dirinya saja. Biasanya, teman ini suka cakap besar, baik tentang dirinya, telefon bimbit yang baru dibeli atau teman lelaki atau temanitanya yang baru ditemui. Kononnya, nasibnya tu jauh lebih baik daripada anda. Dan hanya pandangannya sajak yang bijak.

- Penulis

Enam ciri sahabat yang memaksa anda ‘kibar bendera putih’

Ada teman merupakan penawar dan akan mengubati segala kedukaan dan kelukaan di hati anda. Tidak kurang pula yang merupakan racun yang akan memusnahkan kegembiraan anda dengan lemparan kata-kata nista.

Pada usia remaja, teman-teman membentuk rangkaian hubungan yang amat dihargai di kala anda lebih banyak menghabiskan masa di sekolah dan luar rumah, berbanding ketika zaman kanak-kanak dulu.

Namun, dalam bersahabat pun, kita perlu hati-hati agar tidak mudah diperdaya dengan tabiat buruk teman-teman yang boleh mempengaruhi dengan sikap negatif atau akhirnya menimbulkan masalah bagi diri kita.

Nak tahu enam jenis teman yang tidak wajar anda dekati, lantas memaksa anda ‘mengibar bendera putih’ untuk menjauhi dirinya?

1) ‘Gila Aset’… Baik? Ada makna tu…

Mereka hanya akan dekati anda kalau anda kebetulan merupakan anak orang kaya dengan jawatan tinggi. Atau mungkin anda mempunyai abang yang tampan atau kakak yang cantik untuk mereka dekati. Di kesempatan yang ada, mereka akan tampil ‘menumpang kekayaan’ anda dan tidak langsung mempedulikan diri anda.

Ada pula yang akan mengambil kesempatan meminjam wang atau barangan anda tanpa ingin memulangkannya.

Mereka juga mudah meminta anda membantu mereka tetapi apabila anda yang ‘kesempitan’, mereka pula menjauhkan diri.

Teman jenis ‘baik tapi ada makna ni’ tidak wajarlah anda jadikan sahabat baik. Tugas mereka hanya mengikis harta benda anda.

2) Bagaikan dunia dia yang punya….

Teman yang lagi baik anda jauhi ialah yang terlalu taksub tentang diri sendiri.

Segala-galanya hanyalah tentang diri sendiri. Kalau anda keluar makan bersamanya, dia tak akan endahkan tentang anda tetapi hanya akan berbual tentang dirinya saja.

Sedikit pun dia tak akan tanya bagaimana hari anda atau perasaan anda serta aktiviti harian anda.

Biasanya, teman ini suka cakap besar, baik tentang dirinya, telefon bimbit yang baru dibeli atau teman lelaki atau temanitanya yang baru ditemui.

Kononnya, nasibnya itu jauh lebih baik daripada anda. Dan hanya pandangannya saja yang bijak.

3) ‘Muka banyak masalah’, seakan memberitahu anda: “Kasihanilah aku…”

Pernahkah anda temui teman yang hanya akan datang kepada anda untuk dapatkan batuan dan nasihat?

Tetapi, apabila anda ingin menasihati, dia pula yang jadi seba tak keruan dan enggan mendengar. Alahai, anda dah sudi luangkan masa untuk bantu huraikan masalah mereka tetapi mereka payah menerima. Jadi, buat apa mereka ceritakan masalah mereka tu ya? Buang current pula.

4) ‘Melekat 24 jam’ dengan anda.

Teman ini tidak sedikit pun memberi anda ruang privasi. Dia akan mengekori anda ke mana-mana. Dia seakan enggan berkongsi anda dengan orang lain.

Asal nampak anda dengan orang lain, dia jadi cemburu. Tapi apabila dia dah jumpa teman istimewa, dia mudah saja mengetepikan anda. Alahai, ‘rimas’ juga ya kalau ada teman macam ni? Nak bernafas pun payah!!!

5) ‘Plastik’ dan berjanji palsu.

Dia akan senyum kepada anda. Tetapi senyumannya seakan tidak ikhlas. Apabila dikelilingi teman-teman lain, dia akan memperkecilkan anda.

Apabila dia buat silap, dia tidak akan mengaku tetapi akan menyalahkan anda jika dia terkesan kesilapan anda.

Biasanya, jenis teman ‘plastik’ ini hanya akan membuat anda tertunggu-tunggu. Alasannya pula banyak selepas dia berjanji menghubungi anda tetapi akhirnya tak jadi berbuat begitu.

6) Memandang ‘bulu’.

Apa salahnya kaum anda? Anda orang Jawa, orang Boyan atau orang India – apa ada kena-mengena dengan ciri-ciri tertentu yang dikaitkan dengan anda?

Jika si teman gemar membuat andaian kerana percaya bulat-bulat pada kata-kata orang tentang ciri-ciri yang dikaitkan dengan perkauman seseorang, dia bukanlah teman yang bijak.

Tambahan pula, jika si teman ini tergamak menghina kaum anda dan keturunan datuk-moyang anda, lupakan sajalah.

TIP ELAK DIRI DARI MERANA KERANA TEMAN…

Usah menetapkan terlalu banyak jangkaan dan syarat-syarat dalam bersahabat. Ini hanya akan memerangkap orang lain dalam dimensi anda yang tidak semestinya selari dengan jangkaan dan keperluan mereka.

Biarkan persahabatan itu berkembang dan berubah dengan sendirinya. Izinkan teman anda menjadi individu unik. Usah memaksanya menjadi seperti anda.

Jika teman anda dalam kesukaran atau dia bertindak sehingg amenyakiti hati anda, usah mudah marah dan cuba memahami masalahnya.

Credits to: Ms Haryani Ismail

Manusia punya angkara, lembu dapat padah?
Sungguh tak LOGIK!

Penduduk Kampung Julah, di Tejakula, Buleleng, kelmarin menarik seekor lembu  bunting ke laut dan membiarkannya mati lemas bagi melaksana satu daripada amalan ritual di Bali.

Lembu bunting lima bulan itu dilemaskan kira-kira tiga kilometer dari darat, menurut satu laporan laman akhbar The Jakarta Post semalam. Penduduk kampung itu percaya haiwan tersebut bunting hasil perbuatan seorang lelaki tua berusia 70 tahun yang ditangkap mengadakan hubungan seks dengannya sekitar dua bulan lalu.

Lelaki itu diperintah menaiki sebuah bot bersama beberapa penduduk kampung untuk menarik lembu itu ke laut dan membuang pakaiannya bagi membersihkan dosanya. Beliau juga harus membiayai ongkos upacara itu.

Ketua adat kampung itu, Encik Ketut Sideman, berkata bahawa amalan tersebut dikenali sebagai gamnya gamana, atau perkahwinan luar biasa, dan pernah dilakukan beberapa generasi lalu.

Bagaimanapun, seorang profesor dan aktivis, Cik Luh Ketut Suryani, menyelar amalan itu dengan berkata ia tidak berasas kerana seks antara manusia dengan haiwan tidak boleh menyebabkan binatang itu bunting kerana kromozom dan gen berbeza.

"Lembu tiu tidak bersalah. Mengapa ia perlu dibunuh. Mengapa tidak dilakukan tindakan lain sebagai simbol, seperti yang diperintahkan ke atas lelaki itu," katanya.

Cik Luh juga berkata beliau juga bimbang tentang nasib pemilik lembu itu, yang mungkin hidup di bawah paras kemiskinan.

The Jakarta Post

Gambar di atas menunjukkan si Lembu Bunting setelah ia dipercayai diperkosa lelaki tua dan beberapa penduduk kampung julah di Bali membiarkan ia mati lemas di laut bagi membersihkan dosa lelaki itu mengikut mengikut amalan ritual tempatan.

Bisikan Nurani Muslimah: Geleng kepala saya dibuatnya. Manusia punya creative mindset kenapa si lembu pula yang kena? Manusia dulu-dulu lagi sempit akalnya tetapi tidak pula kedengaran mereka memperkosa mana-mana haiwan. Ini kerana terlalu obsessed dengan gambar mahupun video lucah yang tersebar luas di setiap media mahupun di internet. Itulah punca terbesar dalam kes seperti ini sehinggakan si TUA yang dah pun PENCEN boleh hidup BERBUNGA kembali. Isk..isk..isk..dasyat sungguhlah. Dan ini antara salah satu punca di mana Nafsu telah pun menguasai Akal Fikiran si TUA ini. Nauzubillahi minzhaliq. Apalah cantik rupa si Lembu itu? Dari sudut mana datang keseksiannya?

HIDUP SEOLAH-OLAH TIDAK BERTAMADUN!

Konsert??
Penyanyi dangdut Indonesia, Inul Daratista dijangka berdepan dengan satu lagi kontroversi apabila beliau mengadakan persembahan di Stadium Bukit Jalil di sini Ahad ini.

Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) merancang mengedarkan 10,000 risalah mendakwa konsert itu tidak selari dengan ajaran Islam dan mereka yang menontonnya berdosa.

Persembahan itu diadakan selang 10 hari konsert Inul dibatalkan di Johor Bahru ekoran tarian goyang gerudinya yang mengghairahkan dan berbaur lucah telah disifatkan sebagai tidak sesuai.

Mengulas tindakan itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, encik Kmaruzaman Mohamad berkata:

"Sudahkah anda melihat persembahan beliau? Anda boleh ke laman web YouTube, taip nama beliau dan anda akan lihat persembahan beliau yang agak lucah. Malah, saya sendiri tidak sanggup menonton persembahan beliau."

Menurut Encik Kamaruzaman, konsert Inul sering dikatakan akan menyebabkan para penonton berkelakuan "liar dari segi seks" dan ini boleh menimbulkan masalah sosial.

Beliau menarik perhatian majlis bandaran sepatutnya membatalkan konsert Inul kerana ia tidak mematuhi peraturan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). – NST

Muslimah says: Lebih baik dicegah daripada persembahan itu diteruskan. Sebagai kaum wanita yang sejenis dengannya, memang itu adalah sesuatu persembahan yang amat memalukan. INI BUKAN BUDAYA KITA! SYABAS kepada negeri Johor kerana menolak konsertnya. Satu tindakan yang bijak!

Teringat saya akan persembahannya yang pernah diadakan di Singapura. Namun, yang membuat saya gembira dan diri Inul sedih apabila persembahannya tidak dapat sambutan di Singapura. Malah dirinya dicemuh!

Walauapa sekalipun, harapan saya adalah semoga suatu hari nanti Inul berubah menajdi seorang wanita muslimah yang sejati menjadi contoh terbaik kepada wanita-wanita Islam kita. Insya-Allah. Sama-samalah kita doakan. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memancarkan Nour, Taufeeq dan Hidayah-Nya ke atas diri Inul. Aamiin,

Kegunaan Video di Telefon Bimbit amat membimbangkan!
4,000 Klip Video Lucah pasangan Melayu tersebar di laman web.

Aksi pelajar sekolah bersama dua lelaki dalam ladang kelapa sawit antara lebih 4,000  klip video dan gambar pasangan Melayu dalam pelbagai aksi seks melampau yang kini boleh dilawati dalam beberapa laman web lucah.

Lambakan pelbagai aksi lucah itu bertambah jelek kerana turut membabitkan gadis bertudung dan pelajar sekolah serta menjadi kegilaan penggemar laman web lucah termasuk kanak-kanak hingga mencetuskan kebimbangan ibu bapa.

Malah, kecanggihan teknologi terkini yang membolehkan aksi lucah itu dimuat turun ke dalam telefon bimbit memudahkan klip video itu tersebar luas.

Berikutan senario membimbangkan itu, Pemuda Umno Negeri Sembilan menubuhkan badan pemantau bagi mengesan kewujudan laman web yang semakin bertambah bertujuan mengumpul maklumat bagi mendesak pihak berkuasa bertindak segera sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Ketuanya, Datuk Jamlus Aziz, berkata menerusi badan pemantauan yang ditubuhkan, pihaknya mendapati terdapat laman web yang memaparkan sehingga 4,000 klip video dan gambar pelbagai aksi seks melampau rakyat Malaysia.

“Video lucah membabitkan gadis bertudung seperti yang dipaparkan dalam laman web itu boleh menjatuhkan kesucian Islam,” katanya kelmarin.

Menurutnya, antara faktor remaja terutama pelajar terbabit dalam perbuatan jijik itu kerana kurang didikan agama.

“Jangan lupa, kes sumbang mahram, rogol dan jatuhan moral sebenarnya berpunca daripada perbuatan seperti ini,” katanya. – Harian Metro

Badan digesa larang wanita tutup muka
Pemerintah Belanda enggan haram burka tetapi mahukan sekolah, badan awam larang pemakaiannya.

MUKA HARUS TERBUKA: Pakaian burka seperti yang dipakai wanita-wanita Islam ini tidak akan dibenarkan di semua sekolah, pengangkutan awam dan pejabat perkhidmatan awam Belanda.

Pemerintah Belanda mahu semua sekolah, badan awam dan syarikat pengangkutan awam melarang pakaian wanita Islam yang menutup muka mereka, tetapi ia tidak akan mengharamkan burka, kata seorang menteri semalam.Menteri Ehwal Dalam Negeri Belanda, Encik Guusje ter Horst, berkata badan-badan awam sudah pun mempunyai wadah undang-undang untuk mengharamkan pakaian yang menutup muka wanita Islam itu.

“Kami tidak akan mengharamkan apa-apa tetapi kami percaya bahawa pertubuhan-pertubuhan (sekolah-sekolah, majlis-majlis perbandaran dan syarikat pengangkutan awam) juga merasakan (bahawa memakai burka) adalah tidak diingini,” jelas Encik Ter Horst.

Sebahagian besar parti-parti politik dalam parlimen Belanda menyokong pengharaman penuh terhadap pemakaian burka, yang menutup susuk tubuh wanita Islam dari kepala hingga jari kaki.

Namun, pemerintah Belanda berkata pengharaman terhadap pakaian itu akan melanggar hak kebebasan beragama dan mencabuli hak asasi terhadap kesamaan.

“Kabinet berpendapat memakai pakaian yang menutup muka sebagai sesuatu yang tidak diingini… Pada masa yang sama, memakai pakaian menutup muka Islam – seperti burka atau niqab – adalah hak pengamalan agama dan kebebasan beragama hanya boleh dilanggar dalam keadaan yang amat istimewa dan tertentu,” kata para menteri kabinet Belanda itu dalam satu kenyataan.

Encik Ter Horst berkata pemerintah Belanda akan menggesa sekolah-sekolah, penyedia khidmat pengangkutan awam, majlis perbandaran dan syarikat-syarikat awam lain untuk melarang kakitangan, pelajar dan penumpang mereka daripada memakai pakaian yang menutup muka itu.

Jika rundingan-rundingan itu gagal, pihak kabinet Belanda masih boleh memperkenalkan undang-undang penguat kuasa, kata para menteri tersebut. Burka membolehkan wanita Islam melihat menerusi sehelai kain jarang di bahagian muka mereka, manakala niqab pula menutup muka wanita berkenaan kecuali di bahagian mata.

Pihak media Belanda menganggarkan hanya sekitar 150 wanita Islam di sana memakai pakaian yang menutup muka daripada sejumlah 16 juta orang penduduk negara itu.  Pada Oktober 2005, sebahagian besar Anggota Parlimen (AP) Belanda menyokong satu usulan oleh seorang AP Belanda yang berhaluan paling kanan, Encik Geert Wilders, untuk mengharamkan burka di tempat-tempat awam.

Namun, pemerintah Belanda sebaliknya mahukan semua sekolah dan syarikat pengangkutan awam di negara itu mengharamkan pemakaian semua pakaian yang menutup muka, termasuk balaclava dan topi keledar motosikal.

Ia juga merancang untuk mengadakan klausa khas dalam kontrak perkhidmatan kakitangan awam Belanda, yang melarang mereka daripada memakai pakaian yang menutup muka. Persatuan-persatuan pengangkutan awam Belanda bagaimanapun pernah berkata bahawa pengharaman ke atas burka “tidak dapat dilaksanakan dan tidak perlu”. – AFP

Allah Taala berfirman:

Maksudnya:

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbab mereka hingga ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Al-Ahzab: 59)

1. Perkataan Jilbab bermaksud sejenis pakaian yang menutup seluruh tubuh badan kecuali mata sahaja.

2. Ada sesetengah ulama’ yang mengatakan boleh membuka muka dan tangannya. Mereka berpegang kepada firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya.”

(An-Nur: 31)

3. Hujah yang kedua tidak kuat, kerana ulama’ membahagikan perhiasan kepada 4:

i) Perhiasan semulajadi iaitu bentuk, kulitnya, matanya, hidung, bibir, pipi dan segala anggota tubuh badan.

ii) Perhiasan mendatang seperti bedak, celak, gincu dan segala alat solek.

iii) Perhiasan zahir iaitu pakaian dirinya.

iv) Perhiasan di dalam badan seperti gelang dan rantai. Erti ‘kecuali yang zahir’ adalah perhiasan yang ketiga iaitu pakaian sendiri.

4. Oleh itu ulama’ mengatakan perempuan hanya boleh menampakkan kepada lelaki bukan ‘mahram’ (ajnabi).

5. Ada dua qawl mengenai pakaian wanita yang merupakan aurat yang wajib dijaga apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi (boleh kahwin) mengikut pandangan Imam Syafie (mazhab Syafie):

i) Semua badan tanpa kecuali. (Inilah qawl yang paling sahih, paling nyata dan muktakad, diriwayatkan oleh Obnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir, al-Baydawiyy di dalam tafsirnya, dan lain-lain uala Syafie).

ii) Semua badan melainkan muka dan dua tapak tangan. Dibolehkan mendedahkan muka dan tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Tetapi wajib menutup keduanya di kala berlaku fitnah dan fasad, bukanlah disebabkan ianya aurat.

6. Syarat pakaian wanita ialah tidak berwarna-warni, berjalur-jalur, berpetak-petak dan segala bentuk fesyen yang menarik pemandangan orang lelaki.

7. Pakaian perempuan hendaklah satu warna sahaja iaitu warna gelap seperti hitam atau coklat, tidak boeh warna yang menarik seperti merah.

8. Pakailah pakaian yang tebal, jangan yang tipis hingga nampak kulit.

9. Perempuan hendaklah memakai pakaian yang luas tidak pakaian yang sempit hingga nampak susuk tubuh badannya.

10. Perempuan tidak boleh memakai bau-bauan wangi ketika keluar rumah. Hanya dibolehkan di dalam rumah terutama ketika bersama dengan suami.

11. Pakaian perempuan tidak boleh menyerupai lelaki.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya (riwayat Abu Daud):

“Nabi telah melakhnat wanita yang menyerupai pakaian lelaki dan lelaki yang menyerupai pakaian wanita.”

Amah diberkas lepas disyaki dera bayi majikan!!
Seorang amah Indonesia diberkas polis kerana disyaki mendera bayi lelaki majikannya yang berusia dua bulan setelah videonye menendang bayi itu di paparkan dalam Internet di laman YouTube oleh ibu bapanya.

Amah berusia 20-an tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin setelah disoal siasat polis.

Siasatan ke atasnya masih diteruskan.

Ibu bapa bayi itu telah memasang sistem televisyen litar tutup (CCTV) baru-baru ini di rumah mereka di Paya Lebar Crescent.

Mereka membuat laporan polis pada 26 Januari lalu dan telah memaparkan rakaman video itu di YouTube.

Sejauh ini, rakaman itu telah menarik perhatian seramai 36, 000 pengunjung. Seorang warga Internet yang dikenali sebagai PrincessJuly83 memberi ulasan:

“Saya amat marah menyaksikan video ini. Bagaimanakah seorang amah boleh melakukan perkara sedemikian? Saya ibu dua anak dan tahu bagaimana sakitnya hati melihat anak anda diperlakukan sedemikian.

“Saya harap bayi itu sihat tanpa kecederaan dalaman atau luaran.”

Majikan amah itu berkata mereka memutuskan untuk memasang CCTV setelah melihat laporan tentang amah didakwa di mahkamah kerana mendera anak majikan.

Mereka terkejut apabila melihat amah mereka sendiri melakukan perbuatan sedemikian. Menurut mereka, amah itu amat sopan dan lemah lembut apabila berada di depan mereka.

“Kami tidak menyangka dia akan berlaku kasar tehadap anak kami,” ujar majikan yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Wong itu, di internet.

Beliau memutuskan untuk memaparkannya di Internet supaya dilihat oleh ibu bapa lain agar lebih berwaspada terhadap amah yang menjaga anak mereka di rumah.

Sila rujuk pada rakaman video tersebut di bawah:

Maid abused baby 1

Maid abused baby 2

Maid abused baby 3

Maid abused baby 4

Maid abused baby 5

Maid abused baby 6

Komentar Muslimah:

Kejadian sebigini sebenarnya sudah berkali-kali berlaku. Di mana pengasuh dari Indonesia seringkali menganiaya bayi-bayi yang tidak berdosa. Kalau memang ia ada dendam dengan majikannya, bukan kepada bayi itu yang harus mereka lepaskan. Apakah pengasuh-pengasuh dari Indonesia kebanyakannya tidak waras atau memang mereka ini segelintir daripada Hospital Gila?? Saya pernah menyaksikan ramai pengasuh dari Indonesia ini selalu membiarkan anak-anak majikan mereka tidak diberi makan mahupun minum. Sedangkan dia asyik berasmara menelefon bangla-bangla dengan menggunakan ‘public phone’ di bawa kolong blok. Yang segelintir itu membawa anak majikannya yang tidak berbaju dan hanya ber’pampers’ yang terlondeh. Kemungkinan penuh dengan najisnya. Setiap kali kejadian ini sering saya terlihat selepas saja saya pulang dari sekolah. Kesihan dan amat simpati sekali saya melihat cara mereka begitu ‘aggressive’ terhadap anak-anak yang tidak berdosa itu. Terutama sekali kepada bayi-bayi yang dijaganya. Walaupun anak atau bayi itu dari keturunan bangsa asing, bukankah dia lebih mengetahui yang dibawanya itu bayi & anak-anak yang masih kecil lagi? Yang ada diseretnya sepanjang perjalanan. Sungguh sadis sekali jika dilihat tanpa menegur. Saya tidak kira dan tidak ambil peduli jika ingin dibentaknya. Saya menegur dengan nada yang cukup tegas: “Jika sekali lagi kamu lakukan perbuatan seperti ini, aku tidak akan teragak-agak untuk menelefon agen ataupun polis! Ngerti!!”

Jadi teringat pula sewaktu pakcik saya mengambil pengasuh dari Indonesia ke rumah untuk menjaga kebersihan rumahnya serta anak-anaknya yang dah besar panjang itu. Kerana terlalu percaya terhadap kebaikan dan keimanan yang ditunjulkan oleh amahnya itu, solat tidak pernah ditinggalkan dan sebagainya. Namun ‘don’t sangka clear water no buaya’ (kata bidalan orang-orang sekarang) dia pun mengundang bangla untuk masuk ke dalam biliknya. Kejadian ini telah pun berlaku selama 6 bulan. Bagaimana caranya ya? Bangla itu memanjat kondo di lantai 2 (orang sini kata tingkat 2) lalu masuk melalui tingkap biliknya. Apa yang mereka lakukan? Wallahu ‘alam bisowob. Hanya Allah swt saja yang lebih Mengetahuinya. Pada suatu hari itu, pakcik saya yang sedang tidur di ruang tamu mendapat telefon daripada salah satu jirannya. Jirannya yang telah membongkar rahsia amahnya itu dengan memberitahu perkara sebenar yang sering diperlihatnya. Pada waktu itu juga, jirannya menyuruh pakcik saya membuka pintu bilik amah itu untuk melihatkan siapa yang ada di dalam. Ternyata benar! Begitu terkejutnya pakcik saya menyaksikan apa yang dilihatnya di depan mata. Pada masa itu juga pakcik saya menghantarnya pulang tanpa mengambil tindakan apa-apa ke atas dirinya.

Terlalu banyak keburukan yang tidak dapat saya ceritakan sepenuhnya. Kerana terlalu mengaibkan. Fikir-fikir dahulu sekiranya anda ingin mengambil pengasuh tidak kira daripada negara mana sekalipun. Mereka bukan ikhlas menjaga anak-anak anda. Walaupun mereka mempunyai pengalaman menjaga anak tetap sahaja mereka bukan ibu kepada anak-anak anda! Depan mungkin terlihat sopan tutur bicaranya ibarat pijak semut tidak mati tetapi setelah anda menyaksikan video di atas itu, itulah sebenar-sebenarnya sikap mereka. Sungguh biadap!! Terlalu banyak video seperti ini cuma tiada upaya ingin memaparkannya di YouTube. Di mana segelintir lagi pula membuang anak majikan mereka dari luar tingkap, lalu mereka pula turut terjun sama. Saya bukan ingin membela sesiapa di sini. Dan saya juga tidak hanya menekankan pada amah-amah sahaja. Ada juga amah-amah yang dianiaya oleh majikan mereka sedangkan mereka melakukan pekerjaan mereka dengan baik. Pernah mereka menangis merayu pada saya mengadukan hal mereka itu. Dengan tiada wang sesen pun pada dirinya, saya pun membawanya ke balai polis untuk diberi kesempatan kepadanya untuk mengadukan hal yang sebenar kepada polis tersebut. Airmatanya berjurahan tiada henti-henti. Jika benar mereka dianiaya, janganlah menggunakan kekuatan dan kesempatan yang ‘aggressive’ terhadap anak-anak mahupun bayi-bayi yang tidak berdosa itu. Simpatilah kepada anak-anak itu kerana mereka masih kecil. Ada segelintir yang mengatakan amah-amah ini sering dikurung oleh majikannya. Namun, apa yang sering saya perlihatkan mereka asyik menelefon dengan telefon bimbitnya yang agak mewah dan juga menggunakan ‘public phone’. Jika memang benar mereka dianiaya kenapa tidak sahaja menggunakan telefon bimbitnya itu untuk mengadu kepada agen ataupun polis bahawa diri mereka dianiaya. Di Singapura ini tidak kurang ‘public phone’. Ingin mengadukan kepada kami-kami pun boleh sahaja. Kami sedia menolong jika memang benar diri dia teraniaya. Kenapa mendiamkan diri sahaja lalu membiarkan majikannya menganiaya dirinya itu? Sama persis macam dalam drama-drama Sinetron Indonesia, selalu menunjulkan aksi kelemahan mereka itu. Kononnya tidak tahu memberontak! Kononnya lembut dan baik sepanjang masa. Terang-terangan kita ditipu!! Saya bukan niat ingin menghina tetapi inilah kenyataan yang sebenarnya! Yang sering saya saksikan di depan mata saya sendiri.

Pada yang masih lagi ingin mengambil pengasuh-pengasuh dari negara mana sekalipun, dipersilakan. Namun, janganlah meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap mereka. Lebih baik lagi jika anda meletakkan CCTV di dalam rumah anda sendiri. Sekiranya perkara baik mahupun yang buruk berlaku, anda dapat menyaksikan dengan begitu jelas di CCTV.

Anak Lupa Agama! Salah siapa yer..?
Ibu bapa tidak didik anak dengan baik antara punca.

Seorang wanita mengajukan persoalan yang bermaksud wanita zaman sekarang lupa kepada agama. Adakah masalah itu berpunca daripada sikap ibu bapa?

Saya lebih suka frasakan pernyataan itu kepada “sebilangan umat Islam hari ini sudah lupa pada agama” kerana ia lebih saksama dan mengambarkan realiti sebenar.

Hakikatnya, bukan wanita saja yang lupa pada agama.

Lelaki juga, bahkan tangungjawab mereka sebenarnya lebih berat kerana Allah SWT meletakkan kelebihan kepada lelaki sehingga lelaki menjadi pelindung kepada wanita.

Jika ramai wanita hari ini melupakan agama, sebahagiannya berpunca daripada lelaki yang juga meninggalkan agama sehingga mereka gagal melindungi wanita mereka daripada melanggar hukum agama.

Apakah gejala lupa kepada agama berpunca daripada kurangnya pendidikan ibu bapa?

Pernyataan itu sebenarnya menggambarkan apa yang disebut Rasulullah S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud:

“Setiap anak Adam itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibu bapanya yang menjadikan dia Yahudi, Majusi dan Nasrani.”

Hadith ini menunjukkan jika anak membesar dengan corak akhlak atau pegangan hidup yang tertentu, ia boleh dikesan daripada pendidikan yang diterima daripada ibu bapanya.

Ibu bapa adalah madrasah (sekolah) pertama bagi anak. Sebelum anak dihantar ke institusi pendidikan formal bermula dari tadika, sekolah dan peringkat lebih tinggi, anak mempelajari asas pembentukan pandangan hidup (akidah) dan sahsiah (keperibadian dan akhlak) daripada ibu bapa mereka.

Inilah objektif pendidikan sebenar.

Pendidikan ialah menurunkan nilai sehingga lahir insan yang mempunyai pegangan hidup yang mantap dan jitu.

Bagi umat Islam, nilai itu ialah nilai Islam yang berteraskan tauhid. Asas tauhid menghasilkan tingkah laku, tutur kata dan tindakan didasarkan tuntutan syariat Islam. Jika hari ini kita melihat anak perempuan dan lelaki mendedahkan aurat, bergaul bebas tanpa batas, terbabit dengan pelbagai gejala sosial, maka itu adalah natijah daripada pendidikan yang mereka terima di rumah, pastinya tidak menepati apa yang dikehendaki Islam.

Mereka mungkin terpelajar dan mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik, tetapi itu bukan matlamat pendidikan.

Pendidikan Islam bukan sekadar menguasai bidang teknikal dan akademik, tetapi lebih menjurus kepada pemupukan nilai dan pembentukan akhlak.

Ia tidak bermakna Islam mengetepikan akademik kerana ia adalah bahagian penting daripada pembinaan kebudayaan dan tamadun, tetapi mesti diasaskan pada pendidikan tauhid yang mantap.

Beberapa kajian menunjukkan kesilapan mendidik anak pada peringkat awal (antara umur tiga hingga tujuh tahun) menyebabkan kecelaruan nilai dan keruntuhan akhlak pada peringkat umur 13 hingga 20 tahun.

Berdasarkan penilaian ini, masalah yang berlaku pada kelompok umur remaja sebenarnya boleh dikesan pada peringkat awal pendidikan. Siapakah yang bertanggungjawab pada peringkat umur di bawah tujuh tahun kalau bukan ibu bapa? Boleh kita simpulkan di sini ibu bapa menjadi satu daripada punca kepada sikap umat Islam yang melupakan agama mereka hari ini.

Pendidikan awal penting dan Rasulullah S.A.W berpesan kepada ibu bapa supaya menyuruh anak mendirikan sembahyang pada usia tujuh tahun. Ia bermakna pada umur itu anak tadi sudah patut menerima dan mematuhi suruhan agama.

Ia juga bermakna anak sudah terbiasa dengan suasana ibu bapa dan keluarga yang mendirikan dan mementingkan ibadat solat di rumah. Jika mereka tidak terbiasa melihat ibu bapa dan seisi keluarga mendirikan solat, bagaimana mungkin anak boleh meniru dan melakukan perbuatan sama?

Sebenarnya, ini juga satu isyarat bahawa pendidikan yang sebenar ialah dengan amal. Pendidikan hanya akan berlaku apabila pengajaran berlaku dalam bentuk amal, bukan dalam bentuk kata-kata. Ia juga menunjukkan hanya ibu bapa yang terdidik dengan kehidupan Islam mampu mendidik anak dalam acuan dikehendaki agama.

Kemudian kita lihat Rasulullah S.A.W menyuruh ibu bapa memukul anak yang masih meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun. Pengajarannya ialah apabila anak sudah berusia 10 tahun, nilai kehidupan sepatutnya sudah mewarnai jiwanya sehingga dia akan melakukan suruhan agama dan meninggalkan larangannya tanpa disuruh.

Jika masih meninggalkan solat pada usia itu, ia satu petanda nilai belum terbina dengan baik sehingga hukuman perlu digunakan bagi memperbetulkan keadaan.

Apabila anak memasuki umur baligh, keadaan menjadi lebih sukar jika jiwa mereka tidak dipupuk dengan nilai yang berlandaskan syariat Islam.

Oleh: Ustazah Siti Noor Bahya Mahamood

Saya tak sanggup lihat dia menderita lagi…
Ayah dan ibu rela alat bantuan pernafasan anak yang cedera dicabut.

Nyawa seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terhenti setelah doktor mencabut alat bantuan pernafasannya tengah hari semalam. Bapa kanak-kanak Encik Amat (bukan nama sebenar) memberitahu Berita Harian (BH), doktor di Unit Jagaan Rapi (ICU) Hospital Wanita dan KK mengambil tindakan itu setelah mendapat persetujuan beliau dan isterinya.

Mereka kini dalam proses perceraian. “Memang berat hati saya, tapi doktor kata anak saya sudah tiada harapan untuk hidup. Saya tak sanggup lihat dia menderita lagi,” kata beliau. Allahyarham telah dirawat di hospital sejak Isnin lalu, yang kebetulan merupakan tarikh lahirnya. Menurut Encik Amat, anaknya itu mengalami kecederaan otak yang serius selain luka di muka dan tanda-tanda gigitan di tubuhnya.

Punca kecederaan bayi itu belum dapat dipastikan. Namun, dalam laporan sebelum ini, ibu kanak-kanak itu mendakwa anaknya cedera akibat terjatuh. Bagaimanapun, polis mengesahkan seorang lelaki telah diberkas berhubung kes itu dan telah dihadapkan ke mahkhamah. Lelaki itu dipercayai teman ibu Allahyarham. BH cuba menghubungi wanita itu di rumah ibu bapanya semalam. Namun, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai bapa wanita itu berkata beliau tiada di rumah.

Menurut Encik Amat, 29 tahun, kali terakhir beliau melihat anaknya ialah pada 9 Januari lalu di Mahkhamah Keluarga. “Ketika itu saya perasan mata anak saya merah. Bila saya tanya isteri saya, dia jawab sakit mata biasa. Dia kata anak kami telah dibawa berjumpa doktor. Dan saya percaya isteri saya akan jaga anak kami dengan baik,” kata beliau.

Encik Amat menyifatkan hubungannya dengan isterinya itu sebagai tegang. Malah, pasangan itu tidak berbual semasa di hospital. Pasangan itu mendirikan rumahtangga kira-kira lima tahun lalu. Hubungan mereka mula keruh tahun lalu. Allahyarham ialah anak tunggal mereka. Ditemui di flat ibu bapanya di Hougang semalam, Encik Amat berkata meskipun sedih, marah dan kecewa, beliau enggan menuding jari kepada sesiapa.

“Saya tak tahu apa yang telah berlaku dan saya pun tak mahu salahkan sesiapa. Biarlah polis menyiasat.” kata Encik Amat, yang bertugas sebagai noja masjid. Jenazah Allahyarham dijadualkan disemadi hari ini.

Oleh: Nazri Hadi Saparin

Muslimah says – Sewaktu jari-jemari saya menaip tentang kisahnya, begitu pilunya hati saya. Sedang Malaysia hangat dengan kehilangan Adik Sharlinie, mungkin di sini pula ibu kandungnya sendiri yang menganiaya anaknya sendiri. Selalunya penceraian berlaku, suaminya selalu dipersalahkan. Namun, moral dari cerita di atas ini, siapakah yang SALAH?!

Mungkin pada zaman  nenek moyang saya, jarang sekali terjadi nostalgia ibu mencedera anak kandungnya sendiri. Seorang bapa pula sanggup memijak perut bayinya sendiri hinggakan pecah usus kerana terlalu bingit mendengar tangisan bayi itu. Seorang isteri mudah mencari pengganti setelah ditinggalkan/diceraikan oleh si suami. Seorang datuk sibuk mencari gadis muda untuk dijadikan isteri. Seorang nenek pula asyik pergi ke kelab dangdut dan berpeleseran dengan lelaki muda yang sepatutnya layak dipanggil cucu! Seorang lelaki muda pula sibuk mencari janda yang berkerja untuk menaja dirinya itu.

Akhir-akhir ni, terjadi di MRT di mana seseorang yang sudah berpangkat nenek bermesra dengan lelaki muda. Mula-mula saya fikirkan cucunya. Dalam hati saya pun berbisik, “baik nenek ni, maklumlah sayang cucu.” Tetapi sangkaan saya meleset. Apabila saya perhatikan si lelaki muda yang layak dipanggil cucu telah memanggilnya sayang tanpa segan silu dan bercumbu tanpa mengira masyarakat sekeliling memerhatikan! Astaghfirullah Halazim. Inilah bukan lagi dikatakan dunia sudah terbalik tetapi MASYARAKAT MELAYU ISLAM KITA YANG TERBALIK. Dimanakah ADAT dan MARUAH DIRI sebagai seorang nenek?!! Sehinggakan tiada lagi rasa malu?? Seharusnya dia yang digelar nenek wajib menegur remaja-remaja MELAYU ISLAM kita yang ramai terlanjur. Tetapi sekiranya kalau dia dan datuk sudah sekaki, tiada kata yang dapat saya ungkapkan lagi… Hanya berdoa pada Illahi, mudah-mudahan mereka berubah dan sedarlah akan penyakit masyarakat kita hari ini. Inilah puncanya apabila dunia dipandang kecanggihan teknologinya, kemajuan, kemudahan TETAPI MAKSIAT YANG BERLELUASA DIPANDANG SEPI! Hanya mengeluh tetapi tiada tindakan dapat diambil. Ibarat KAU…KAU…AKU…AKU… Nauzubillahi minzalik.

Kepentingan Hijrah
Bermulanya satu era, tamadun, budaya dan sejarah baru umat manusia

Oleh: Dr Muzammil H.Siddiqi

Dalam Al-Quran, Allah yang Maha Tinggi, berfirman:

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keredhaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang kekal.” (Surat At Taubah: 20-22).

Beberapa hari lagi kita akan memasuki Tahun Baru Hijrah. Tahun dalam agama kita adalah Tuhan Hijrah. Maka itu adalah penting untuk kita mengingati makna dan kepentingan Hijrah itu sendiri. Hijrah adalah salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah Islam. Maka itu tidak hairanlah jika Khalifah Umar (ra) memilih Hijrah untuk menjadikannya kalender atau tahun Islam.

Secara fizikal, Hijrah adalah perjalanan dari satu bandar ke bandar lain yang jaraknya 300 batu. Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah ia juga menandakan permulaan satu era, satu tamadun, satu budaya dan satu sejarah baru bagi umat manusia.

Islam berkembang bukan sahaja kerana Hijrah secara fizikal, tetapi juga kerana umat Islam memandang serius terhadap semua aspek dan dimensi Hijrah.

Apabila Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah, baginda tidak sahaja berpindah tempat tinggal atau bermastautin di sebuah kota baru, malah baginda juga merubah segala aspek kehidupan di kota yang didatanginya itu.

Adalah penting untuk kita mempelajari dan merenung perubahan yang terjadi di Madinah sejak berlakunya penghijrahan Rasulullah SAW itu.

Banyak pelajaran yang boleh kita pelajari dan menjadikannya panduan dalam hidup kita.

Masjid:
Tindakan pertama yang dilakukan Rasulullah SAW sebaik sahaja tiba di Madinah ialah mendirikan masjid sebagai tempat bersolat. Beliau terlibat secara langsung dalam mendirikan bagunan yang kecil tetapi mempunyai struktur yang kukuh itu. Tidak lama kemudian beberapa masjid turut didirikan di Madinah.

Madrasah:
Sekolah dan institusi pengajian Islam bagi masyarakat juga didirikan. Sekolah pertama di bawah penyeliaan Rasulullah SAW adalah ‘sekolah’ Suffah. Menyusul kemudian terbinanya beberapa sekolah lain.

Menurut Maulana Shibli Numani sebanyak sembilan sekolah dibuka di Madinah semasa zaman Nabi sahaja.

Muwakhat:
Beliau menjalinkan ikatan persaudaraan antara Muhajirun (orang-orang Islam yang berhijrah bersama Rasulullah SAW) dengan Ansar (penduduk Madinah yang membantu Nabi dan sahabat-sahabatnya).

Ketika itu jumlah masjid dan madrasah tidak mencukupi. Perkara yang tidak kurang pentingnya ialah mewujudkan persaudaraan di kalangan orang-orang Islam. Persaudaraan mereka terjalin atas dasar keimanan, bukan atas dasar puak atau suku kaum seperti sebelum kedatangan Islam.

Hubungan antara masyarakat dan agama:
Rasulullah SAW juga menjalin hubungan yang baik dengan masyarakat-masyarakat lain di Madinah. Ketika itu terdapat masyarakat Yahudi dan puak-puak Arab lain yang belum menerima Islam.

Rasulullah SAW melakarkan mithaq (satu perjanjian atau perlembagaan) mengenai hubungan antara masyarakat-masyarakat di kota Madinah.

Membersihkan
Kota Yathrib:
Yathrib (nama kota Madinah sebelum kedatangan Islam) merupakan sebuah kota yang kotor. Apabila sahabat-sahabat Rasulullah SAW tiba di Madinah dari Makkah, ramai yang diserang penyakit dan tidak sukakan kota tersebut.

Rasulullah SAW menyuruh para penduduk membersihkan kota mereka daripada sampah sarap dan kekotoran. Aishah ra berkata: “Kami datang ke Madinah dan ia merupakan kawasan paling tercemar di bumi Allah. Air di tempat itu berbau busuk.” (Riwayat Bukhari).

Membina sistem air:
Rasulullah SAW menyuruh sahabat-sahabatnya menggali perigi di beberapa tempat di kota itu. Dikatakan lebih 50 perigi digali di kota Madinah dan terdapat air yang mencukupi bagi setiap penduduk.

Pertanian dan perkebunan:
Rasulullah SAW menggalakkan para sahabat mengusahakan tanah dan berkebun. Baginda memberitahu mereka sesiapa sahaja yang mengusahakan tanah, tanah tersebut akan menjadi miliknya. Ramai penduduk menyahut seruan Rasulullah dan akhirnya Madinah tidak menghadapi masalah kekurangan makanan.

Menghapuskan kemiskinan:
Dalam masa yang singkat kemiskinan dapat dihapuskan. Setiap penduduk mempunyai makanan yang mencukupi dan kadangkala Rasulullah SAW memberikan hadiah kepada delegasi yang datang ke Madinah.

Memulihkan keselamatan dan undang-undang:
Madinah menjadi bandar yang paling selamat di dunia. Hanya terdapat segelintir kejadian mencuri, merogol, orang-orang mabuk atau pembunuhan.

Tindakan segera diambil bagi memastikan keamanan Madinah jika berlaku sebarang kejadian jenayah. Kesimpulannya, Hijrah mengajar kita di mana saja Muslim pergi, mereka seharusnya membawa kesejahteraan di tempat yang mereka tuju. Orang-orang Islam harus bekerja bagi kesejahteraan rohani dan material masyarakat. – Dipetik dari www.pakistanlink.com

Cara rai Tahun Baru Islam

SOALAN: Bagaimanakah cara seseuai untuk merayakan ketibaan Tahun Baru Islam?

JAWAPAN: Dalam Islam tidak ada upacara agama yang istimewa untuk merayakan Tahun Baru. Sungguhpun begitu, oleh kerana kalendar agama kita adalah kalendar Hijrah, adalah baik jika kita mengingatkan diri kita mengenai makna dan apa istimewanya hijrah itu pada masa ini.

Kita perlu memperkatakan tentang hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah pada tahun 622. Kita harus memperkatakan tentang makna dan kepentingannya dan kita juga perlu memperkatakan tentang konsep hijrah dalam Islam.

Hijrah dalam bahasa Arab bermakna “pembuangan, pengasing, pemergian keluar secara beramai-ramai, melarikan diri atau berpindah”. Bagaimanapun, maknanya lebih dinamik. Ia bererti “meninggalkan, berpindah, mengelak”.

Ia bermaksud meninggalkan tempat kediaman dengan sengaja, tetapi dalam Al-Quran, ia juga bermakna meninggalkan sesuatu keadaan yang buruk dan berpindah kepada sesuatu keadaan yang lebih baik, walaupun ia menimbulkan beberapa masalah. Dan ini merupakan konsep keimanan.

Dalam konteks ini, Allah berfirman (yang bermaksud): “Maka Lut membenarkan (kenabian)nya. Dan berkatalah Ibrahim: ‘Sesungguhnya aku akan berpindah ke (tempat) yang diperintahkan Tuhanku; sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkara Lagi Maha Bijaksana.” (Al-Ankabut: 26)

Hijrah memerlukan penerimaan Allah dan menolak kepalsuan. Ia bermakna pemindahan menyeluruh dan radikal kepada satu cara baru bagi individu dan masyarakat.

- Hijrah melibatkan:

Pemindahan daripada kepercayaan kepada banyak tuhan kepada satu Tuhan

Pemindahan daripada sifat jahil dan kepercayaan karut kepada ilmu pengetahuan dan kebenaran

Pemindahan daripada memperhambakan diri kepada orang lain kepada Allah

Pemindahan daripada dosa dan rasuah kepada berbuat baik dan adil

Pemindahan daripada berpecah belah dan perselisihan kepada harmoni dan perpaduan

Pemindahan daripada kesesatan kepada kepada petunjuk dan jalan yang lurus

Pemindahan daripa kemurkaan Allah kepada penerimaan dan rahmat-Nya

Pemindahan daripada neraka kepada keselamatan di akhirat nanti.

- Hijrah adalah satu dasar yang sebati dalam Islam. Ia menjadikan Mukmin seorang yang hanya percaya kepada Islam kepada Mujahid, orang yang berjuang demi keimanannya. Oleh sebab itulah Al-Quran menggunakan banyak perkataan iman, hijrah dan jihad bersama-sama.

Sumber: IslamOnline

AYUH SAMBUT TAHUN BARU CARA ISLAM
Setiap tahun masyarakat di seluruh negara akan menyambut tahun baru mengikut kalendar Masihi. Tidak kira apa jua bangsa dan agama, masyarakat Islam hari ini juga menyambut kehadiran tahun baru Masihi ini dengan begitu meriah sekali. Berbeza dengan menyambut tahun baru Hijrah. Mereka lebih cenderung untuk meraikan tahun Masihi berbanding mengikut Taqwim Hijrah. Kita harap semuanya ini nanti akan berubah sedikit demi sedikit kepada memeriahkan sambutan Ma’al Hijrah pada tahun-tahun mendatang.

Setiap negara akan mengadakan “Count Down” dan sambutan “Happy New Year” bahkan sanggup berbelanja besar untuk menyambutnya. Namun, sedar atau tidak sedar mengenainya. Kita kini sudah terikut-ikut dengan budaya yang merosakkan nilai-nilai murni dan keharmonian masyarakat setiap kali menjelangnya tahun baru. Apakah faedah yang diperolehi dengan menghabiskan masa dan tenaga semata-mata untuk mengira masa sebelum bermulanya tahun baru. Ingatlah mengenai kepentingan masa, peredarannya yang semakin singkat apabila dunia menghampiri usianya.

30. Sebahagian manusia diberi hidayah (petunjuk) oleh Allah; dan sebahagiannya lagi (yang ingkar) ditimpa kesukaran (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan itu pemimpin-pemimpin mereka selain dari Allah, serta mereka pula menyangka bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayahNya.

31. Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampaui batas; Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampau. (Al-A’raf: 30-31)

Apabila diperhatikan keadaan anak-anak muda, sama seusia dengan penulis. Menghabiskan masa mereka untuk menyambut Tahun Baru. Penulis merasakan perlunya kita hari ini mengubah kaedah menyambut tahun baru ini dengan pergi ke masjid-masjid atau duduk di rumah seorang diri dan bermuhasabah diri mengenai setiap amalan yang telah kita lakukan sebelum-sebelum ini. Mungkin perkara ini dipandang remeh kerana kita rasa seolah-olah diri kita terlalu jauh dengan Tuhan disebabkan kesilapan-kesilapan lalu. Namun, sebenarnya kita tersilap bahawa keampunan Tuhan itu sebenarnya melebihi dugaan kita dan amatlah Pemurah dan Maha Pengampun.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan mengasihi mereka yang memohon keampunannya. (Hadith Riwayat Al-Hakim dan Ibnu ‘Adi)

Masa yang singkat sebelum tibanya tahun baru ini perlulah dimanfaatkan sepenuhnya. Kita sebenarnya memerlukan masa untuk merancang mengenai kehidupan kita yang seterusnya. Ambillah peluang pada malam tahun baru untuk merancang prestasi hidup kita untuk tahun yang berikutnya. Siapa yang pernah terfikir untuk berbuat demikian, melainkan mereka yang sentiasa inginkan peningkatan dalam diri dan menjadi seorang yang berjaya di dalam hidupnya di dunia dan di akhirat. Ingat, peruntukkan dalam sehari untuk melatih diri merancang perjalanan dan menetapkan matlamat kita.

Muslim yang sejati adalah mereka yang menyelamatkan Muslim yang lain dari lidah dan tangannya itu: Manakala mereka yang berhijrah ialah mereka yang meninggalkan semua larangan Allah. (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Peluang membaca doa selamat pada awal tahun baru merupakan amalan yang baik bagi menggantikan perbuatan berteriak dan menari-nari di pusat hiburan. Kesedaran dalam diri masyarakat dan mengamalkan ajaran agama pada hari ini amatlah penting bagi membina benteng pertahanan diri dari segala penyakit hati. Pesanan buat mereka yang mampu berdakwah, bimbinglah saudara-saudari kita dengan ikhlas dan tetapkan diri hanya meminta pertolongan Allah sekiranya kita menerima sebarang kesusahan. Semoga tahun baru ini lebih memberikan manfaat kepada kita dan meyumbangkan generasi pewaris ad-Deen yang mulia ini.

Apa yang penulis hantar ini merupakan suatu alternatif kepada yang lebik baik, supaya dapat generasi hari ini membina kehidupan yang lebih sejahtera dan lebih selesa.

Sumber: Ehsan Ibn Zaid