Logo Background RSS

» Artikel

  • Teman “merimaskan”??
    By Muslimah on January 18th, 2009 | 1 Comment1 Comment Comments

    Teman yang lagi baik anda jauhi ialah yang terlalu taksub tentang diri sendiri. Segala-galanya hanyalah tentang dirinya. Kalau anda keluar makan bersamanya, dia tak akan endahkan tentang anda tetapi hanya akan berbual tentang dirinya saja. Biasanya, teman ini suka cakap besar, baik tentang dirinya, telefon bimbit yang baru dibeli atau teman lelaki atau temanitanya yang baru ditemui. Kononnya, nasibnya tu jauh lebih baik daripada anda. Dan hanya pandangannya sajak yang bijak.
    - Penulis

    Enam ciri sahabat yang memaksa anda ‘kibar bendera putih’

    Ada teman merupakan penawar dan akan mengubati segala kedukaan dan kelukaan di hati anda. Tidak kurang pula yang merupakan racun yang akan memusnahkan kegembiraan anda dengan lemparan kata-kata nista.

    Pada usia remaja, teman-teman membentuk rangkaian hubungan yang amat dihargai di kala anda lebih banyak menghabiskan masa di sekolah dan luar rumah, berbanding ketika zaman kanak-kanak dulu.

    Namun, dalam bersahabat pun, kita perlu hati-hati agar tidak mudah diperdaya dengan tabiat buruk teman-teman yang boleh mempengaruhi dengan sikap negatif atau akhirnya menimbulkan masalah bagi diri kita.

    Nak tahu enam jenis teman yang tidak wajar anda dekati, lantas memaksa anda ‘mengibar bendera putih’ untuk menjauhi dirinya?

    1) ‘Gila Aset’… Baik? Ada makna tu…

    Mereka hanya akan dekati anda kalau anda kebetulan merupakan anak orang kaya dengan jawatan tinggi. Atau mungkin anda mempunyai abang yang tampan atau kakak yang cantik untuk mereka dekati. Di kesempatan yang ada, mereka akan tampil ‘menumpang kekayaan’ anda dan tidak langsung mempedulikan diri anda.

    Ada pula yang akan mengambil kesempatan meminjam wang atau barangan anda tanpa ingin memulangkannya.

    Mereka juga mudah meminta anda membantu mereka tetapi apabila anda yang ‘kesempitan’, mereka pula menjauhkan diri.

    Teman jenis ‘baik tapi ada makna ni’ tidak wajarlah anda jadikan sahabat baik. Tugas mereka hanya mengikis harta benda anda.

    2) Bagaikan dunia dia yang punya….

    Teman yang lagi baik anda jauhi ialah yang terlalu taksub tentang diri sendiri.

    Segala-galanya hanyalah tentang diri sendiri. Kalau anda keluar makan bersamanya, dia tak akan endahkan tentang anda tetapi hanya akan berbual tentang dirinya saja.

    Sedikit pun dia tak akan tanya bagaimana hari anda atau perasaan anda serta aktiviti harian anda.

    Biasanya, teman ini suka cakap besar, baik tentang dirinya, telefon bimbit yang baru dibeli atau teman lelaki atau temanitanya yang baru ditemui.

    Kononnya, nasibnya itu jauh lebih baik daripada anda. Dan hanya pandangannya saja yang bijak.

    3) ‘Muka banyak masalah’, seakan memberitahu anda: “Kasihanilah aku…”

    Pernahkah anda temui teman yang hanya akan datang kepada anda untuk dapatkan batuan dan nasihat?

    Tetapi, apabila anda ingin menasihati, dia pula yang jadi seba tak keruan dan enggan mendengar. Alahai, anda dah sudi luangkan masa untuk bantu huraikan masalah mereka tetapi mereka payah menerima. Jadi, buat apa mereka ceritakan masalah mereka tu ya? Buang current pula.

    4) ‘Melekat 24 jam’ dengan anda.

    Teman ini tidak sedikit pun memberi anda ruang privasi. Dia akan mengekori anda ke mana-mana. Dia seakan enggan berkongsi anda dengan orang lain.

    Asal nampak anda dengan orang lain, dia jadi cemburu. Tapi apabila dia dah jumpa teman istimewa, dia mudah saja mengetepikan anda. Alahai, ‘rimas’ juga ya kalau ada teman macam ni? Nak bernafas pun payah!!!

    5) ‘Plastik’ dan berjanji palsu.

    Dia akan senyum kepada anda. Tetapi senyumannya seakan tidak ikhlas. Apabila dikelilingi teman-teman lain, dia akan memperkecilkan anda.

    Apabila dia buat silap, dia tidak akan mengaku tetapi akan menyalahkan anda jika dia terkesan kesilapan anda.

    Biasanya, jenis teman ‘plastik’ ini hanya akan membuat anda tertunggu-tunggu. Alasannya pula banyak selepas dia berjanji menghubungi anda tetapi akhirnya tak jadi berbuat begitu.

    6) Memandang ‘bulu’.

    Apa salahnya kaum anda? Anda orang Jawa, orang Boyan atau orang India – apa ada kena-mengena dengan ciri-ciri tertentu yang dikaitkan dengan anda?

    Jika si teman gemar membuat andaian kerana percaya bulat-bulat pada kata-kata orang tentang ciri-ciri yang dikaitkan dengan perkauman seseorang, dia bukanlah teman yang bijak.

    Tambahan pula, jika si teman ini tergamak menghina kaum anda dan keturunan datuk-moyang anda, lupakan sajalah.

    TIP ELAK DIRI DARI MERANA KERANA TEMAN…

    • Usah menetapkan terlalu banyak jangkaan dan syarat-syarat dalam bersahabat. Ini hanya akan memerangkap orang lain dalam dimensi anda yang tidak semestinya selari dengan jangkaan dan keperluan mereka.
    • Biarkan persahabatan itu berkembang dan berubah dengan sendirinya. Izinkan teman anda menjadi individu unik. Usah memaksanya menjadi seperti anda.
    • Jika teman anda dalam kesukaran atau dia bertindak sehingg amenyakiti hati anda, usah mudah marah dan cuba memahami masalahnya.

    Credits to: Ms Haryani Ismail

  • Manusia punya angkara, lembu dapat padah?
    By Muslimah on October 25th, 2008 | 2 Comments2 Comments Comments

    Sungguh tak LOGIK!

    Penduduk Kampung Julah, di Tejakula, Buleleng, kelmarin menarik seekor lembu bunting ke laut dan membiarkannya mati lemas bagi melaksana satu daripada amalan ritual di Bali.

    Lembu bunting lima bulan itu dilemaskan kira-kira tiga kilometer dari darat, menurut satu laporan laman akhbar The Jakarta Post semalam. Penduduk kampung itu percaya haiwan tersebut bunting hasil perbuatan seorang lelaki tua berusia 70 tahun yang ditangkap mengadakan hubungan seks dengannya sekitar dua bulan lalu.

    Lelaki itu diperintah menaiki sebuah bot bersama beberapa penduduk kampung untuk menarik lembu itu ke laut dan membuang pakaiannya bagi membersihkan dosanya. Beliau juga harus membiayai ongkos upacara itu.

    Ketua adat kampung itu, Encik Ketut Sideman, berkata bahawa amalan tersebut dikenali sebagai gamnya gamana, atau perkahwinan luar biasa, dan pernah dilakukan beberapa generasi lalu.

    Bagaimanapun, seorang profesor dan aktivis, Cik Luh Ketut Suryani, menyelar amalan itu dengan berkata ia tidak berasas kerana seks antara manusia dengan haiwan tidak boleh menyebabkan binatang itu bunting kerana kromozom dan gen berbeza.

    "Lembu tiu tidak bersalah. Mengapa ia perlu dibunuh. Mengapa tidak dilakukan tindakan lain sebagai simbol, seperti yang diperintahkan ke atas lelaki itu," katanya.

    Cik Luh juga berkata beliau juga bimbang tentang nasib pemilik lembu itu, yang mungkin hidup di bawah paras kemiskinan.

    The Jakarta Post

    Gambar di atas menunjukkan si Lembu Bunting setelah ia dipercayai diperkosa lelaki tua dan beberapa penduduk kampung julah di Bali membiarkan ia mati lemas di laut bagi membersihkan dosa lelaki itu mengikut mengikut amalan ritual tempatan.

    Bisikan Nurani Muslimah: Geleng kepala saya dibuatnya. Manusia punya creative mindset kenapa si lembu pula yang kena? Manusia dulu-dulu lagi sempit akalnya tetapi tidak pula kedengaran mereka memperkosa mana-mana haiwan. Ini kerana terlalu obsessed dengan gambar mahupun video lucah yang tersebar luas di setiap media mahupun di internet. Itulah punca terbesar dalam kes seperti ini sehinggakan si TUA yang dah pun PENCEN boleh hidup BERBUNGA kembali. Isk..isk..isk..dasyat sungguhlah. Dan ini antara salah satu punca di mana Nafsu telah pun menguasai Akal Fikiran si TUA ini. Nauzubillahi minzhaliq. Apalah cantik rupa si Lembu itu? Dari sudut mana datang keseksiannya?

    HIDUP SEOLAH-OLAH TIDAK BERTAMADUN!

  • Konsert??
    By Muslimah on July 25th, 2008 | No Comments Comments

    Penyanyi dangdut Indonesia, Inul Daratista dijangka berdepan dengan satu lagi kontroversi apabila beliau mengadakan persembahan di Stadium Bukit Jalil di sini Ahad ini.

    Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) merancang mengedarkan 10,000 risalah mendakwa konsert itu tidak selari dengan ajaran Islam dan mereka yang menontonnya berdosa.

    Persembahan itu diadakan selang 10 hari konsert Inul dibatalkan di Johor Bahru ekoran tarian goyang gerudinya yang mengghairahkan dan berbaur lucah telah disifatkan sebagai tidak sesuai.

    Mengulas tindakan itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, encik Kmaruzaman Mohamad berkata:

    "Sudahkah anda melihat persembahan beliau? Anda boleh ke laman web YouTube, taip nama beliau dan anda akan lihat persembahan beliau yang agak lucah. Malah, saya sendiri tidak sanggup menonton persembahan beliau."

    Menurut Encik Kamaruzaman, konsert Inul sering dikatakan akan menyebabkan para penonton berkelakuan "liar dari segi seks" dan ini boleh menimbulkan masalah sosial.

    Beliau menarik perhatian majlis bandaran sepatutnya membatalkan konsert Inul kerana ia tidak mematuhi peraturan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). – NST

    Muslimah says: Lebih baik dicegah daripada persembahan itu diteruskan. Sebagai kaum wanita yang sejenis dengannya, memang itu adalah sesuatu persembahan yang amat memalukan. INI BUKAN BUDAYA KITA! SYABAS kepada negeri Johor kerana menolak konsertnya. Satu tindakan yang bijak!

    Teringat saya akan persembahannya yang pernah diadakan di Singapura. Namun, yang membuat saya gembira dan diri Inul sedih apabila persembahannya tidak dapat sambutan di Singapura. Malah dirinya dicemuh!

    Walauapa sekalipun, harapan saya adalah semoga suatu hari nanti Inul berubah menajdi seorang wanita muslimah yang sejati menjadi contoh terbaik kepada wanita-wanita Islam kita. Insya-Allah. Sama-samalah kita doakan. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memancarkan Nour, Taufeeq dan Hidayah-Nya ke atas diri Inul. Aamiin,

  • Kegunaan Video di Telefon Bimbit amat membimbangkan!
    By Muslimah on May 20th, 2008 | 4 Comments4 Comments Comments

    4,000 Klip Video Lucah pasangan Melayu tersebar di laman web.

    Aksi pelajar sekolah bersama dua lelaki dalam ladang kelapa sawit antara lebih 4,000 klip video dan gambar pasangan Melayu dalam pelbagai aksi seks melampau yang kini boleh dilawati dalam beberapa laman web lucah.

    Lambakan pelbagai aksi lucah itu bertambah jelek kerana turut membabitkan gadis bertudung dan pelajar sekolah serta menjadi kegilaan penggemar laman web lucah termasuk kanak-kanak hingga mencetuskan kebimbangan ibu bapa.

    Malah, kecanggihan teknologi terkini yang membolehkan aksi lucah itu dimuat turun ke dalam telefon bimbit memudahkan klip video itu tersebar luas.

    Berikutan senario membimbangkan itu, Pemuda Umno Negeri Sembilan menubuhkan badan pemantau bagi mengesan kewujudan laman web yang semakin bertambah bertujuan mengumpul maklumat bagi mendesak pihak berkuasa bertindak segera sebelum keadaan menjadi lebih parah.

    Ketuanya, Datuk Jamlus Aziz, berkata menerusi badan pemantauan yang ditubuhkan, pihaknya mendapati terdapat laman web yang memaparkan sehingga 4,000 klip video dan gambar pelbagai aksi seks melampau rakyat Malaysia.

    “Video lucah membabitkan gadis bertudung seperti yang dipaparkan dalam laman web itu boleh menjatuhkan kesucian Islam,” katanya kelmarin.

    Menurutnya, antara faktor remaja terutama pelajar terbabit dalam perbuatan jijik itu kerana kurang didikan agama.

    “Jangan lupa, kes sumbang mahram, rogol dan jatuhan moral sebenarnya berpunca daripada perbuatan seperti ini,” katanya. – Harian Metro