About Muslimah

the UN-skilled Ingenious designer. the Infamous blogger. the new experience Lover. the Imperfectionist photographer. the Un-perfidious person. the Infatuous personality. and the Unpredictable behaviour. Perhaps as a muslimah, I was too gauche to fit into high society eventhough I'm glad being one amiable person but sometimes my effervescence can be contagious! (: Yet still I'm one of those paradoxical women which you'll find miserable in understanding her un-uniqueness characteristic. Sorry if I did hurt you guys in any kind of ways. Didn't mean to...

Cinta Sejati?

love 

Apa Itu Cinta?

 

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

 

Sifat Cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Continue reading

Apabila Kaum Lelaki Yang Diamanahkan Itu L.A.L.A.I!

Photobucket

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu
adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak
memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan
anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia
sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Continue reading

Soal Dara Tidak Menjadi PENTING bagi Remaja Islam?

Photobucket - Video and Image Hosting

Hana hilang kesucian daranya pada usia 16 tahun. Hamil dan menggugurkan kandungannya 3 tahun kemudian dan pada usia pada 21 tahun kini, masih aktif melakukan hubungan #### dengan teman lelakinya. Namun, Hana (bukan nama sebenar) bukan belia tercicir yang datang daripada keluarga berantakkan. Golongan yang sering dikaitkan dengan masalah keseksualan remaja.

Sebaliknya, Hana dan teman lelakinya merupakan mahasiswa tahun akhir di Universiti setempat. Keluarganya pula keluarga berpendapatan pertengahan. Kisah Hana menunjukkan isu keseksualan di kalangan remaja bukan hanya tertumpu pada keluarga berantakkan, bahkan turut menjejas keluarga lain. Ketika diminta mengulas tentang perangkaan tinggi remaja Melayu yang hamil, menjalani pengguguran dan dijangkiti penyakit kelamin, beberapa orang kaunselor berkata bahawa perubahan terhadap nilai hidup, kegagalan kaum bapa melaksanakan tanggungjawab sebagai ayah dan masalah sosio ekonomi merupakan antara penyumbang utama. Continue reading

Padah Jika Maksiat Dipandang S.E.P.I!

Photobucket

DALAM abad-abad kejayaan Islam, kaum muslimin berada dalam bimbingan sebuah khilafah. Dunia dari timur dan barat menghormati agama Islam. Kaum Muslimin menjadi orang yang mulia, mempunyai ‘izzat’ dan harga diri setanding naungi haluan al-Quran dan sunnah.

Rakyat hidup dalam keadaan aman, bahagia dan sejahtera. Mereka mendapat segala haknya sebagai rakyat – pendidikan, keamanan dan keadilan.

Dalam abad-abad itu, ahlu dzimmah (orang bukan Islam yang hidup di negeri Islam) tunduk dan hormat kepada setiap Muslim serta hukum dan muamalat Islam. Tidak seorang daripada mereka berani mengangkat bahu dan wajah. Continue reading