Gincu-Gincu yang diuji kaji oleh sebuah kumpulan hak pengguna di Amerika Syarikat mendapati bahawa lebih separuh daripadanya mengandungi plumbum.
Continue reading
Author Archives: Muslimah
Semangat Ziarah-Menziarahi
Adegan yang biasanya kita lihat dan bimbangkan…
Rasulullah Tidak Pernah Gunakan Muzik Untuk Pikat Belia.
Saya merujuk kepada laporan tentang seorang ustad yang membuat rakaman album yang antaranya merangkumi nyanyian selawat dengan iringan muzik rock yang bertujuan menggalakkan belia berselawat.
Saya ingin mengemukakan sudut pandangan berbeza.
Rasulullah S.a.w merupakan ikutan yang terbaik bagi kita, termasuk dalam berdakwa. Masyarakat Arab jahiliyah juga mengenali muzik dan kegiatan lain yang melalaikan. Namun, Nabi tidak pernah menggunakan muzik untuk berdakwah kepada golongan belia dan pemuda.
Tetapi, baginda berjaya menarik dan membentuk peribadi cemerlang dalam sahabat seperti Ibnu Umar, Ibnu Masud, Ibnu’ Abbas dan Abu Huhairah sehingga mereka menjadi rujukan umat selepas kewafatan baginda bagi mereka.
Malah, apabila ditanya tentang muzik Ibnu’ Abbas mengatakan beliau menghukumkan sebagai mana yang termaktub dalam Al’Quran dan Sunnah. Lalu apabila ditanya sama ada beliau membolehkannya, beliau bertanya sama ada di akhirat kelak, muzik akan didapati bersama kebenaran atau pun kebatilan. Orang yang bertanya lalu menjawab kebatilan. Ibnu’ Abbas berkata, “Nah, aku telah berikan fatwa ku kepadamu”
Sampai Bila Melayu Nak Terus Tergolek?
BETULKAH orang Melayu suka melayani hal remeh-temeh sampai membiarkan hal kecil menjadi besar? Saya antara paling tidak suka sesiapa sahaja menyalahkan Melayu semata-mata kerana perbuatan individu atau sekumpulan kecil orang Melayu.
Kalau seseorang itu melakukan perkara tidak senonoh, kutuk sahajalah dia. Kita tidak perlu bersikap kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Tetapi beberapa kes jenayah remeh dan perbalahan di makhamah yang melibatkan orang Melayu sejak akhir-akhir ini tidak dapat tidak membuat orang ramai daripada kita mengungkit sikap orang Melayu.
KES KACANG?
Ada kawan menyindir ketika membaca cerita di akhbar. Katanya, orang Melayu tidak pandai merompak Bank. “Orang kita kalau nak curi, cuma berani mencari mangsa tua. Dapat $10, kene tangkap jugak. Masuk jail, makan bertahun-tahun… Tak balik modal”. Kemudian, terdengar lagi satu keluhan tentang kes saman menyaman antara orang-orang Melayu. Seorang peguam yang banyak mengendalikan kes cerai-berai menggeleng-gelengkan kepala. “Kes cerai orang Melayu masih berlambak, semakin meruncing. Tetapi kita buang masa dengan kes kacang macam ni. Saman menyaman kalau melibatkan jutaan dollar macam isu NKF itu takpe jugak.” Saya cuba membela. Ini soal maruah dan mempertahankan kebenaran, bukan soal jumlah wang.
SEMUA PEKUNG TERDEDAH.
Bagaimana pun, saya bersetuju dengan pandangannya. Permasalahan yang tidak melibatkan jenayah, sekadar membuktikan siapa benar, siapa salah, seharusnya boleh diselesaikan secara kekeluargaan atau di meja rundingan. Apabila isu ‘rumahtangga’ dibawa ke makhamah, mahu tak mahu, segala pekung terdedah. Si Joya kene tarik, si Dol kene ungkit. Salah silap seluruh persatuan orang Melayu boleh terheret. Kata orang, dunia ini kecil, apatah lagi Singapura. Pusing sana, pusing sini, orang itu juga akan pasti bertembung dengan kita sama ada kita suka atau tidak.