About Muslimah

the UN-skilled Ingenious designer. the Infamous blogger. the new experience Lover. the Imperfectionist photographer. the Un-perfidious person. the Infatuous personality. and the Unpredictable behaviour. Perhaps as a muslimah, I was too gauche to fit into high society eventhough I'm glad being one amiable person but sometimes my effervescence can be contagious! (: Yet still I'm one of those paradoxical women which you'll find miserable in understanding her un-uniqueness characteristic. Sorry if I did hurt you guys in any kind of ways. Didn't mean to...

Zauj dan Zaujah ku…

Isi Hati Sang Ikhwah

Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.

Dari Sang Akhwat

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.

“Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu”

( dipetik dr salah sebuah artikel ) Continue reading

Bahaya jadi orang kepala angin dengan panas baran!

Hai… geram betul Nenek apabila membaca laporan tentang penderaan kanak-kanak yang memang sudah beberapa kali disiarkan di media, termasuk dalam akhbar Berita Minggu Ahad lalu.

Hairan betul Nenek dengan sikap golongan yang tidak berhati perut itu, mendera kanak-kanak hingga ada yang menyebabkan kematian. Sebagai golongan dewasa, kanak-kanak patut kita sayangi. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia.

Kira-kira, golongan pendera kanak-kanak ini lebih teruk daripada haiwan agaknya! Isy…isy…isy…

Dulu, waktu Nenek muda-muda, Nenek pun bekerja. Anak Nenek ada lima orang… kecoh apabila mereka melalak, bergaduh atau ketika mereka bergurau. Isy… bising tapi seronok. Tapi apabila Nenek pulang ke rumah, rasa penat di tempat kerja itu lenyap serta-merta apabila anak-anak yang waktu itu berusia di bawah 10 tahun, mengejar dan menjerit-jerit kesukaan memanggil emaknya ini. Soal bising atau mereka bergaduh tidak jadi masalah kerana maklumlah, budak-budak…

Jadi, Nenek tidak habis fikir bagaimana orang-orang yang tidak berhati perut itu boleh melakukan  perbuatan kejam mendera dan memukul bantai kanak-kanak yang tidak berdosa itu.

Di mana rasa belas, di mana rasa sayang? Tidak ada? Hati batu ke? Agaknya orang-orang yang kaki dera atau panas baran dan suka memukul bantai ini ada masalah. Tapi takkanlah nak melampiaskan masalah mereka kepada kanak-kanak? Kemana perginya fikiran waras mereka?

Beberapa orang pakar berkata, mereka yang kaki dera ini berkemungkinan mempunyai masalah hutang, masalah dengan pasangan dan seumpamanya. Atau, rasa cemburu pun boleh menyebabkan mereka bertindak kasar dan ganas. Jadi, semua itu boleh menyebabkan mereka bingung, bingit hingga lupa diri.

Ada juga yang kata, keadaan sekitaran atau cara mereka dibesarkan juga mempengaruhi seseorang itu. Jika dia dibesarkan dalam suasana buruk, dikelilingi orang-orang yang kasar dari segi sikap dan pertuturan, maka dia juga berkemungkinan besar bersikap sedemikian apabila dewasa nanti.

Walaupun bukan semua orang yang dibesarkan dalam keadaan teruk begitu akan terpengaruh dengan sekitaran dia dibesarkan, tidak dapat dinafikan bahawa keadaan sekeliling memainkan peranan penting dalam mempengaruhi jiwa seseorang.

Oleh itu, kita sebagai orang tua, mesti menunjukkan contoh yang baik, bercakap dengan nada yang lembut, tidak memaki hamun atau bersikap kasar dan ganas terhadap anggota keluarga atau sesiapa saja.

Ingatlah bahawa anak-anak adalah cerminan perangai ibu bapa mereka. Jika ibu bapa tidak senonoh, tidak mustahil si anak akan membesar juga menjadi ibu atau bapa yang tidak senonoh!

Dulu, sewaktu Nenek masih anak dara, arwah bapa Nenek selalu mengingatkan Nenek agar jika mahu mencari suami, pilihlah lelaki yang latar belakang keluarganya baik dan beriman. Sebab, jika latar belakang keluarganya baik, insya-ALLAH si anak juga boleh dipercayai untuk menjadi suami dan bapa yang baik.

Jadi, marilah sama-sama kita berdoa agar kita semua tidak menjadi orang yang panas baran dan kepala angin kerana orang-orang begini, jika sedang marah, sukar mengawal kemarahannya. Apabila timbul rasa marah terhadap seseorang itu, cepat-cepatlah beristighfar dan mengambil wudhuk, agar fikiran kita lebih tenang, hingga tidak melakukan perkara-perkara bodoh.

neneksignature

Pssstt… Itu nenek yang komen. Bukan saya taoOo. Hehe. Sekarang ni cucunya pula nak komen, tapi bukanlah cucu betul pun. Cucu angksSs pun tidak. Pangkat je cucu. Continue reading