Semangat Ziarah-Menziarahi

Adegan yang biasanya kita lihat dan bimbangkan…

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

TEMAN sepejabat saya sudah tidak sabar lagi menanti Lebaran.

Katanya:

“Tahun ini jangan tak jadi, tau? Tahun lalu kita dah KIV berjalan Hari Raya kerana semua sibuk. Jadi, kali ini mesti usahakan.”

Sebut tentang kunjung-mengunjung, ia adalah satu ciri unik umat Islam yang dikekalkan sebagai tanda mengukuh dan menjalin tali silaturrahim.

Bagaimanapun, tidak semua yang suka ataupun selesa untuk melakukannya meskipun ia hanya tradisi setahun sekali.

Cuba tanya beberapa anak muda. Adakah mereka ghairah kunjung-mengunjung :?:

“Tak naklah. Duduk rumah main Xbox lagi best. Kalau ikut orang-orang tua berjalan, mereka asyik pet-pot pasal zaman silam… Kita duduk melanguk. Bukannya makan kuih-muih ni,”

keluh Shah Irwan, 17 tahun, remaja yang saya kenali.

Kalau ada yang menyangka musim peperiksaan menjadi penghalang untuk berseronok-seronokan sempena Lebaran, tentunya ada yang lega.

“Ada alasan atau sebab untuk escape… hehe… tak perlu ikut mak dan ayah beraya,”

tambah Siti Nur Iliah, 15 tahun, pula.

Saya dapat bayangkan beberapa soalan yang akan timbul dalam bab kunjung-mengungjung.

:?:   1. NAK MULAKAN DAN AKHIRI DI RUMAH SIAPA?

Bagi kami yang tiada kenderaan sendiri, inilah soalan ‘cepu emas’.

Ramai yang berebut untuk pastikan rumah mereka adalah rumah yang terakhir dikungjungi.

Jadi, tidak perlulah bimbang soal terlepas bas ataupun MRT kalau pulang lewat.

:?:   2. NAK NAIK APA?

Ada yang tidak kisah. Ada yang merungut. Baju kurung lawa ratusan dolar dan digayakan, perlu naik lori kontraktor atau lori berek tentera?  :lol:

Terpaksa berkorban kalau yang nak berjalan Hari Raya tu jumlahnya bagaikan dua tiga pasukan bola :!:

:?:   3. MAKAN APA?

Sampai 10 rumah untuk dikunjungi dalam masa sehari, jadi bayangkan kalau setiap rumah hidangkan ketupat dan rendang, boleh tahan keperut tu?

Seorang teman selalu menantikan masa berkunjung ke rumah makciknya sebab hidangan steamboat yang dihidangkan.

:?:   4. BELUM SEMPAT MAKANAN DIHIDANG, DAH NAK BALIK?

Selalunya terjadi begitulah… 8)  Mereka datang seramai 12 orang. Sejurus makanan dihidangkan, mereka kata:

“Tak payah susahlah. Kami dah nak balik.”

Hai, tak sampai 20 minit, dah nak beredar?

“Yalah…sekarang dah 9 malam. Kita ada lagi lima rumah nak pergi… Esoknya, budak-budak sekolah,”

ujar jiran yang datang.

:?: 5. MUAT TAK RUMAH? TERLARAT TAK LAYAN TAMU YANG DATANG?

Ibu bapa dan pakcik-makcik saya paling bimbang kalau terima tetamu melebihi 20 orang sekali arung.

Bukan apa… soalnya muat tidak ruang di rumah mereka? Kasihan apabila tetamu melimpah-ruah dan duduk di lantai balkoni atau berdiri di koridor jika ruang tamu sarat.  :lol:

Dalam keadaan sebegini, ada teman pula yang menyarankan:

“Mengapa tidak ramai-ramai makan di kafeteria hotel sahaja. Boleh duduk berbual lama-lama dan tidak bimbang perut kekenyangan.”

KOMEN REDIESH:

:!:   Perlu Diingatkan Batasan Pergaulan Anda!

Telah menjadi kelaziman yang diamalkan oleh masyarakat kita, bagi memeriahkan suasana hari raya adalah dengan ziarah menziarahi,kunjung mengunjungi kaum keluarga,sanak saudara,jiran tetangga dan sahabat handai semata-mata memohon kemaafan demi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Perlu diingatkan,dalam suasan menyambut Eidilfitri, batas-batas pergaulan hendaklah dipelihara dan jangan dicemari dengan perkara-perkara maksiat dan perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak seperti pergaulan bebas, bersalaman dengan bukan muhrim,memakai pakaian yang mendedahkan aurat,menjolok mata dan sebagainya.

Ramadhan akan pergi meninggalkan kita semua…  :cry:

Antara Ramadhan dan Syawal

Ku bertanya pada diri.
Apakah erti menyambut syawal?
Jika dalam Ramadhan kita terleka,
Gagal merebut Rahmat yang melimpah,
Alpa dengan kesenangan dunia.

Antara Ramadhan dan Syawal.

Penuh Rahmat, penuh Berkat.
Perginya Ramadhan,
Kenapa kita Girang?
Adakah kerana datangnya Syawal?
Bersama kita menyambut kemenangan,
Benarkah kita sudah menang?
Layakkah kita mendabik dada?
Lantang menyahut takbir bergema,
Tanda Syawal sudah menjelma.

Padahal..
Ramadhan yang pergi tidak kita Sesali.
Layakkah kita berpakaian baru?
Sedangkan tiada pasti pakaian itu,
Di sana nanti mungkin dari Api.
Layakkah kita menerima juadah?
Sedangan tiada pasti makanan itu,
Di sana nanti mungkin dari Duri.

Sedar kita mungkin terlambat
Ramadhan sudah pergi
Dan kita pasti menanti
Selagi belum tertutup pintu taubat
Penuh janji penuh tekad
Sabar menunggu Ramadhan kembali
Moga bertemu bulan seribu Rahmat
Agar kita boleh kecapi lagi

Erti sebenar menyambut Syawal.
Salam Aidilfitri buat semua.
Maaf Zahir batin dari diri ini.
Yang baik semuanya dari Allah,
Yang tercemar itu kelemahan kita sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>