Logo Background RSS

Sampai Bila Melayu Nak Terus Tergolek?

  • Written by MuslimahMuslimah No Comments Comments
    Last Updated: March 30th, 2007

    BETULKAH orang Melayu suka melayani hal remeh-temeh sampai membiarkan hal kecil menjadi besar? Saya antara paling tidak suka sesiapa sahaja menyalahkan Melayu semata-mata kerana perbuatan individu atau sekumpulan kecil orang Melayu.

    Kalau seseorang itu melakukan perkara tidak senonoh, kutuk sahajalah dia. Kita tidak perlu bersikap kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Tetapi beberapa kes jenayah remeh dan perbalahan di makhamah yang melibatkan orang Melayu sejak akhir-akhir ini tidak dapat tidak membuat orang ramai daripada kita mengungkit sikap orang Melayu.

    KES KACANG?
    Ada kawan menyindir ketika membaca cerita di akhbar. Katanya, orang Melayu tidak pandai merompak Bank. “Orang kita kalau nak curi, cuma berani mencari mangsa tua. Dapat $10, kene tangkap jugak. Masuk jail, makan bertahun-tahun… Tak balik modal”. Kemudian, terdengar lagi satu keluhan tentang kes saman menyaman antara orang-orang Melayu. Seorang peguam yang banyak mengendalikan kes cerai-berai menggeleng-gelengkan kepala. “Kes cerai orang Melayu masih berlambak, semakin meruncing. Tetapi kita buang masa dengan kes kacang macam ni. Saman menyaman kalau melibatkan jutaan dollar macam isu NKF itu takpe jugak.” Saya cuba membela. Ini soal maruah dan mempertahankan kebenaran, bukan soal jumlah wang.

    SEMUA PEKUNG TERDEDAH.
    Bagaimana pun, saya bersetuju dengan pandangannya. Permasalahan yang tidak melibatkan jenayah, sekadar membuktikan siapa benar, siapa salah, seharusnya boleh diselesaikan secara kekeluargaan atau di meja rundingan. Apabila isu ‘rumahtangga’ dibawa ke makhamah, mahu tak mahu, segala pekung terdedah. Si Joya kene tarik, si Dol kene ungkit. Salah silap seluruh persatuan orang Melayu boleh terheret. Kata orang, dunia ini kecil, apatah lagi Singapura. Pusing sana, pusing sini, orang itu juga akan pasti bertembung dengan kita sama ada kita suka atau tidak.

    SAKSI KEDAI KOPI.
    Kalau berpihak kepada si Man, anak si Ahmad pula kawan kita. Berpihak kepada si Ahmad, si Man juga banyak jasanya. Masalah ‘keluarga’, apabila kudisnya menjadi nanah, boleh menyebabkan suku sakat menjadi berpuak-puak. Paling menyedihkan apabila ada yang jadi nasi tambah, jadi ’saksi’ disesi perbicaraan kedai kopi. Pendedahan daripada ’saksi kedai kopi’ ini lebih tajam dan bahaya. Akibatnya, kian ramai menjadi bermuka-muka. Sedangkan masalahnya, puncanya tiada kene mengena dengan orang-orang yang sibuk memperkatakannya. Kalau ‘orang tua’ sibuk bertengkar dan bertelaga, macam mana nak beri tumpuan kepada benda-benda yang lebih proaktif dan berfaedah untuk ‘anak-anak?’

    RUGI DAN MAKAN HATI.
    Seperti kata peguam tadi, kalau orang tua bercerai, masalah tidak terhenti dengan lafaz talak. Anak-anak tidak terurus. Pelajaran merosot, pergaulan tak tentu. Semakin rabaklah masalah orang Melayu kita. Saya cuba mencongak. Di akhir permasalahan orang Melayu itu nanti, siapa yang akan meraih faedahnya? Rasa-rasanya, tidak ada yang akan menang nanti, sebaliknya seluruh keluarga akan menanggung rugi dan makan hati akibatnya, kita tergolek lagi setelah berusaha mendaki ke puncak yang dah lama dicapai masyarakat lain. Sampai bila agaknya kita kena bermula daripada bawa sebelum TERGOLEK, bangkit dan TERGOLEK lagi?

Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em59:
  • :em04:
  • :em27:
  • :em56:
  • :em03:
  • :em61:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em63:
  • :em70:
  • :em42:
  • :em65:
  • :em48:
  • :em47:
  • :em51:
  • :em39:
  • :em21:
  • :em12:
  • :em26:
  • :em31:
  • :em44:
  • :em55:
  • :em54:
  • :em08:
  • :em18:
  • :em38:
  • :em01:
  • :em02:
  • :em52:
  • :em46:
  • :em40:
  • :em07:
  • :em68:
  • :em35:
  • :em17:
  • :em09:
  • :em58:
  • :em60:
  • :em28:
  • :em14:
  • :em57:
  • :em53:
  • :em67:
  • :em49:
  • :em62:
  • :em05:
  • :em45:
  • :em32:
  • :em29:
  • :em20:
  • :em64:
  • :em50:
  • :em15:
  • :em19:
  • :em33:
  • :em23:
  • :em24:
  • :em37:
  • :em71:
  • :em66:
  • :em06:
  • :em22:
  • :em16:
  • :em69:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em43:
  • :em34:
  • :em11:
  • :em13:
  • :em36: