Rasulullah Tidak Pernah Gunakan Muzik Untuk Pikat Belia.
-
Saya merujuk kepada laporan tentang seorang ustad yang membuat rakaman album yang antaranya merangkumi nyanyian selawat dengan iringan muzik rock yang bertujuan menggalakkan belia berselawat.
Saya ingin mengemukakan sudut pandangan berbeza.
Rasulullah S.a.w merupakan ikutan yang terbaik bagi kita, termasuk dalam berdakwa. Masyarakat Arab jahiliyah juga mengenali muzik dan kegiatan lain yang melalaikan. Namun, Nabi tidak pernah menggunakan muzik untuk berdakwah kepada golongan belia dan pemuda.Tetapi, baginda berjaya menarik dan membentuk peribadi cemerlang dalam sahabat seperti Ibnu Umar, Ibnu Masud, Ibnu’ Abbas dan Abu Huhairah sehingga mereka menjadi rujukan umat selepas kewafatan baginda bagi mereka.
Malah, apabila ditanya tentang muzik Ibnu’ Abbas mengatakan beliau menghukumkan sebagai mana yang termaktub dalam Al’Quran dan Sunnah. Lalu apabila ditanya sama ada beliau membolehkannya, beliau bertanya sama ada di akhirat kelak, muzik akan didapati bersama kebenaran atau pun kebatilan. Orang yang bertanya lalu menjawab kebatilan. Ibnu’ Abbas berkata, “Nah, aku telah berikan fatwa ku kepadamu”
Maka, hendaklah kita renungkan sama ada kita perlukan muzik untuk berdakwah. Dan adakah wajar digabungkan selawat dengan Muzik Rock, yang bererti gabungan antara hak dan batil, ibarat gabungan antara api dengan air?
Di mana-mana badan keagamaan ada menganjurkan program memperkenalkan sunnah Nabi kepada belia dalam kehidupan harian. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
Program sebeginilah yang kita alu-alukan kerana apabila belia mengenali sunnah Nabi, akan tersemai dalam hati mereka rasa cinta kepada Nabi. Barulah belia akan berselawat keatas Nabi dengan hati yang tulus ikhlas.




April 28th, 2007 at 2:00 pm
salam.. saya xreti nk bg komen cuma bg saya ia xlebih sbg uslub dg anak muda. berbagai pandangan dan variasi dlm menyatakan hasrat yg kita tau dan faham selalunye xsalah. tp dlm hal ni saya bersetuju dg wasilah muzik sbg wahana dakwah kpd anak muda. wacana@bicara@sembang akademik mahupun ilmiah tentangnyer terlalu horizon dan maha luas. kalu kamu dtg mesir suasana muzik-hiburan dh teruk..ssh saya nk citer kat sini sama spt yg saya sbut tadi saya xpandai nk bg komen
October 8th, 2007 at 9:58 pm
Kalaulah musik boleh membawa kejayaan dalam agama, maka Allah akan perintahkan nabi dan para sahabatnya membentuk kumpulan nasyid dan dakwah manusia untuk beriman kpd Allah swt. Hiburan tetap hiburan. Pendekatan cara hiburan telah lama dipraktikan, hasilnya ternyata semakin rosak akhlak khususnya remaja. Penceraian kalangan remaja semakin bertambah, anak luar nikah, pembunuhan janin, gangsterism, satanism, murtad, semakin meruncing hingga tidak terbendung. Tiada jalan lain, kembalikan aqidah remaja melalui alquran dan hadith dengan dakwah Islamiah. Siapa bertanggungjawab? Saya pernah ke konset nasyid dari kumpulan terkenal M’sia. Yang memenuhi panggung adalah para remaja datang berpasangan dan ada yang melakukan sumbang dalam keadaan bertudung. Waktu Magrib mereka masih lagi berkeliaran sampailah konset bermula sebelum isyak sehingga 11 mlm.
November 13th, 2007 at 1:01 am
As-Salamu ‘alaykum.
Ya ukhti.. mcm kenal je artikel tu? Ianya surat seorang pembaca kepada Forum BH kan?
November 13th, 2007 at 2:06 pm
@ Mohamed Farhan Bin Mohamed Samsudin
Alaikumussalam Ya akhy.
Shukran atas kesudian lawati blog saya ini dan sudi memberi komen.
Memang saya lebih suka ambil artikel dari BH kerana ramai remaja Melayu kita yang tidak berminat ingin membaca suratkhabar Melayu. Dengan itu, saya cuba memanfaatkan & berkongsi bersama dengan rakan-rakan seusia saya & juga kepada para pembaca yang budiman. Terutama kepada yang sudi melawat blog saya ini.
November 13th, 2007 at 4:35 pm
Mungkin enti tak perasan.. artikel tu mcm kenal kerana saya yg tulis surat tersebut kepada Forum BH.. hehe..
November 13th, 2007 at 4:41 pm
@ Mohamed Farhan
Oh iyer ker? Artikel ni dah lama sungguh saya ambil dari BH. Jadi, ini artikel saudara yer? Saya memang tak perasan. Maaf yer sekiranya saya ambil artikel ini. Terima kasih juga atas perkongsian ilmunya. Semoga dalam Rahmat-Nya selalu. Aemeen.
November 13th, 2007 at 5:00 pm
Tafaddhalu.. mmg tujuan saya menulis kpd BH agar dapat dimanfaat oleh orang ramai.
Tak terlintas ada orang seperti ukhti yang akan terus sebarkan surat saya tersebut..
Mungkin saya boleh berkongsi di sini..
Tujuan saya menulis artikel tersebut secara tak langsung menasihatkan orang ramai bahawasanya sesuatu amalan itu tak semestinya benar ataupun baik hanya kerana yang mengamalkannya dan mengajarkannya adalah seorang ustaz.
Rasulullah meninggalkan kpd kita al-Qur’an dan as-Sunnah agar kita berpegang teguh kpd keduanya, nescaya kita tidak akan sesat.
Tidak cukup sekadar di situ, Rasulullah juga menyebutkan ttg umat Baginda berpecah menjadi 73 golongan, hanya satu yg selamat, yakni, “al-Jama’ah, apa yg aku dan sahabatku berada di atasnya pada hari ini” (ataupun “al-Jama’ah: what my Companions and I are upon today”)
Maka penting utk kita memahami al-Qur’an dan as-Sunnah berdasarkan pemahaman para Sahabat.
Apatah lagi Nabi bersabda, “Khairun-Naas qarni..” (sebaik2 manusia dalah qurunku, yakni para Sahabat).
Sehingga Imam Ibn Kathir mendatangkan sebuah kaedah yg wajar ditulis dgn tinta emas, yakni “Lau kaana khairan lasabaquuna ilaihi” (jika sesuatu amalan itu baik, nescaya mereka (para Sahabat) akan terlebih dahulu mengamalkannya).
Kaedah ataupun prinsip inilah yg perlu kita pegang teguh dlm mengamalkan ajaran Islam, termasuk dlm berda’wah.
Wallahu a’lam
March 11th, 2009 at 1:08 pm
dari sudut pendekatan terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing la. mungkin pada zaman Rasulullah x guna muzik. tapi melalui hiburan tetap ada. elemen hiburan dalam dakwah pada zaman sahabat banyak diterjemahkan dalam syair. banyak syair2 arab yang digubah untuk menguatkan akidah dan rasa cinta kepada Rasulullah.