Peranan Ulama’ Dan Jati Diri

Kehilangan jati diri agama umat Islam akan menyukarkan umatnya melaksanakan ajaran mereka. Ini diramalkan oleh Rasulullah S.a.w sejak lima belas abad lalu yang maksudnya: “Akan datang kepada umatku satu zaman apabila orang yang berpegang kepada agamanya diibaratkan seperti menggenggam barah api.” (Hadiths riwayat – Tarmizi)

Hadiths tadi jelas bahawa siapa yang ingin mengamalkan ajaran agama dalam zaman yang sangat mencabar terpaksa mengalami kesusahan dan tentangan hebat. Jika dia tidak bersungguh-sungguh mendapatkannya, nescaya terlepaslah ia daripada genggamannya.

Ini disebabkan suasana dan sekitaran yang sukar baginya menunaikan kewajipan agamanya, Menyebabkan kefasikan. Umat islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agama dan sukar mendapat kemudahan. Hayati maksud firman Allah: Dia telah mengsyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkanNya kepada Nabi Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, iaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. (Asy – Sura: 13)

Ayat tadi jelas menyeru kita agar berpegang teguh pada agama dan melarang kita daripada berpecah belah. Ketika inilah jati diri kita terhakis dalam bentuk menjauhi agama, saling bermusuhan dan bertelingkah sesama sendiri. Dalam ayat lain, Allah berfirman: Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. (Sura Al – Anam: 162)

Ayat ini jelas memerintahkan agar kita menyerahkan semua urusan kita kepada Allah. Jati diri kita terhakis dalam bentuk menjadikan kehidupan Duniawi tujuan dan matlamat kita. Antara punca hakisan jati diri umat masa kini adalah seperti disabdakan baginda dalam hadithsnya: “Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekali gus daripada (dadah) manusia. Tetapi Allah menghilangkan ilmu itu dengan mematikan ulama’. Apabila sudah ditiadakan alim ulama’, maka orang ramai akan memilih orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” (Hadiths riwayat – Muslim)

Hadiths itu nyata menyebutkan antara penyebab jati diri agama kita terhakis adalah kehilangan ulama’ yang mengajarkan, menjelaskan dan mengamalkan ajaran agama. Kini ulama’ berkurangan seorang demi seorang pergi menyahut seruan Illahi. Sampailah suatu masa kelak permukaan bumi ini akan kosong daripada ulama’. Justeru, kehidupan di dunia ini tidak bererti lagi.

Alam penuh dengan kesesatan. Manusia hilang nilai dan pengangan hidup. Hakikatnya, ulama’lah yang memberikan makna dan erti kehidupan manusia di muka bumi ini. Apabila pupus ulama’, hilanglah segala sesuatu yang bernilai. Oleh itu, kita perlu memikirkan hal ini dan mencari jalan menyelesaikannya.

8 thoughts on “Peranan Ulama’ Dan Jati Diri

  1. di BH. siz suka bc BH tiap ari jumaat dn ahad..bhgian, NUR. suka bc pndgn haniff mohd..seorg yg berkaliber, ‘arif..pensyrh di NUS..tapi juga ‘arif dlm bidang agama. dialah yg memerangi ideology terrorist.dn tlh pun terbit buku utk memerangi idoology tersbt. selain tuh, suka bc pndgn maarof salleh , ustz noor tijany dn yusuf zuhri…

  2. PostSmile!memang benar, abeen ambik berita ni dari situ… smua berita benar… tu yg wat abeen suke… hot2 pula tu!!… abeen tk brape gemar sgt cut and paste dari blog org lain… mencuri namenyeee…PostSmile! dah lame wat, baru abeen sedorrr…PostSmile!Rajin sis wat camtu… Keep up the great effort ya!! ade ape2 article yg best2PostSmile! jgn lupe kongsi dgn abeen yer… Miss u sis!!PostSmile!

  3. cut-and-paste tu boleh.. asalkan dinisbahkan kpd sumber asalnya.. misalnya, di penghujung artikel, diletakkan bracket spt:

    [Ditukil dari xxxxxxxx.blogspot.com]

    dgn demikian, copyright terjaga.. tak mencuri.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>