Manusia punya angkara, lembu dapat padah?

Sungguh tak LOGIK!

Penduduk Kampung Julah, di Tejakula, Buleleng, kelmarin menarik seekor lembu bunting ke laut dan membiarkannya mati lemas bagi melaksana satu daripada amalan ritual di Bali.

Lembu bunting lima bulan itu dilemaskan kira-kira tiga kilometer dari darat, menurut satu laporan laman akhbar The Jakarta Post semalam. Penduduk kampung itu percaya haiwan tersebut bunting hasil perbuatan seorang lelaki tua berusia 70 tahun yang ditangkap mengadakan hubungan seks dengannya sekitar dua bulan lalu.

Lelaki itu diperintah menaiki sebuah bot bersama beberapa penduduk kampung untuk menarik lembu itu ke laut dan membuang pakaiannya bagi membersihkan dosanya. Beliau juga harus membiayai ongkos upacara itu.

Ketua adat kampung itu, Encik Ketut Sideman, berkata bahawa amalan tersebut dikenali sebagai gamnya gamana, atau perkahwinan luar biasa, dan pernah dilakukan beberapa generasi lalu.

Bagaimanapun, seorang profesor dan aktivis, Cik Luh Ketut Suryani, menyelar amalan itu dengan berkata ia tidak berasas kerana seks antara manusia dengan haiwan tidak boleh menyebabkan binatang itu bunting kerana kromozom dan gen berbeza.

"Lembu tiu tidak bersalah. Mengapa ia perlu dibunuh. Mengapa tidak dilakukan tindakan lain sebagai simbol, seperti yang diperintahkan ke atas lelaki itu," katanya.

Cik Luh juga berkata beliau juga bimbang tentang nasib pemilik lembu itu, yang mungkin hidup di bawah paras kemiskinan.

The Jakarta Post

Gambar di atas menunjukkan si Lembu Bunting setelah ia dipercayai diperkosa lelaki tua dan beberapa penduduk kampung julah di Bali membiarkan ia mati lemas di laut bagi membersihkan dosa lelaki itu mengikut mengikut amalan ritual tempatan.

Bisikan Nurani Muslimah: Geleng kepala saya dibuatnya. Manusia punya creative mindset kenapa si lembu pula yang kena? Manusia dulu-dulu lagi sempit akalnya tetapi tidak pula kedengaran mereka memperkosa mana-mana haiwan. Ini kerana terlalu obsessed dengan gambar mahupun video lucah yang tersebar luas di setiap media mahupun di internet. Itulah punca terbesar dalam kes seperti ini sehinggakan si TUA yang dah pun PENCEN boleh hidup BERBUNGA kembali. Isk..isk..isk..dasyat sungguhlah. Dan ini antara salah satu punca di mana Nafsu telah pun menguasai Akal Fikiran si TUA ini. Nauzubillahi minzhaliq. Apalah cantik rupa si Lembu itu? Dari sudut mana datang keseksiannya?

HIDUP SEOLAH-OLAH TIDAK BERTAMADUN!

2 thoughts on “Manusia punya angkara, lembu dapat padah?

  1. alangkah kejinya manusia seperti itu…mengorbankan seekor hewan demi menyelamatkan dirinya…alangkah lebih hina derajatnya manusia tersebut daripada hewan itu..
    hi..
    salam kenal ya….it’s nice blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>