Kegunaan Video di Telefon Bimbit amat membimbangkan!
-
4,000 Klip Video Lucah pasangan Melayu tersebar di laman web.
Aksi pelajar sekolah bersama dua lelaki dalam ladang kelapa sawit antara lebih 4,000
klip video dan gambar pasangan Melayu dalam pelbagai aksi seks melampau yang kini boleh dilawati dalam beberapa laman web lucah.Lambakan pelbagai aksi lucah itu bertambah jelek kerana turut membabitkan gadis bertudung dan pelajar sekolah serta menjadi kegilaan penggemar laman web lucah termasuk kanak-kanak hingga mencetuskan kebimbangan ibu bapa.
Malah, kecanggihan teknologi terkini yang membolehkan aksi lucah itu dimuat turun ke dalam telefon bimbit memudahkan klip video itu tersebar luas.
Berikutan senario membimbangkan itu, Pemuda Umno Negeri Sembilan menubuhkan badan pemantau bagi mengesan kewujudan laman web yang semakin bertambah bertujuan mengumpul maklumat bagi mendesak pihak berkuasa bertindak segera sebelum keadaan menjadi lebih parah.
Ketuanya, Datuk Jamlus Aziz, berkata menerusi badan pemantauan yang ditubuhkan, pihaknya mendapati terdapat laman web yang memaparkan sehingga 4,000 klip video dan gambar pelbagai aksi seks melampau rakyat Malaysia.
“Video lucah membabitkan gadis bertudung seperti yang dipaparkan dalam laman web itu boleh menjatuhkan kesucian Islam,” katanya kelmarin.
Menurutnya, antara faktor remaja terutama pelajar terbabit dalam perbuatan jijik itu kerana kurang didikan agama.
“Jangan lupa, kes sumbang mahram, rogol dan jatuhan moral sebenarnya berpunca daripada perbuatan seperti ini,” katanya. – Harian Metro




May 20th, 2008 at 11:22 pm
Cuba anda bayangkan jika remaja-remaja bawah umur lingkungan 13 tahun, mereka memiliki telefon bimbit yang canggih. Mereka mendapati video lucah ini tiba di telefon bimbit mereka tanpa mereka tahu apa isi kandungannya terlebih dahulu. Bukankah ini merosakkan akal fikiran mereka di usia yang begitu muda sekali?? Ini sesuatu yang amat merbahaya! Ibu bapa yang membelikan anak remaja telefon bimbit yang canggih ini harus senantiasa peka keatas diri anak-anak remaja mereka. Selalulah awasi tindak-tanduk mereka agar perkara sebegini dapat dijauhkan.
May 21st, 2008 at 7:12 pm
Assalamualaikum.
Dahulu saya pernah bekerja sementara di kedai henfon bapa saudara. Suatu hari datang seorang remaja perempuan minta supaya servis memori henfon dia. Bila disambungkan di komputer, rupanya berlambak video lucah. Terkejut, saya pun tanya kenapa ada video macam ni? Remaja tersebut jawab selamba, “biasa la bang, takkan tak pernah tengok?” Terkedu kehairanan, kufikir remaja perempuan sekarang dah takde malu lagi dah. Semoga keturunan ku besok dijauhkan dari pkara spt ini. Imam Ghazali berpesan jika nak tahu keadaan masa depan sesebuah negeri, lihatlah keadaan anak-anak muda pada hari ini..
May 21st, 2008 at 11:38 pm
Semakin manusia maju semakin hilang perasaan malu.
June 5th, 2008 at 5:01 pm
wajiblah menjaga diri sendiri,
menerima amanah tuhan rabbi,
demi menjadi mukmin sejati,
demi menegak Islam yang suci…….