Pemerintah Belanda enggan haram burka tetapi mahukan sekolah, badan awam larang pemakaiannya.

MUKA HARUS TERBUKA: Pakaian burka seperti yang dipakai wanita-wanita Islam ini tidak akan dibenarkan di semua sekolah, pengangkutan awam dan pejabat perkhidmatan awam Belanda.
Pemerintah Belanda mahu semua sekolah, badan awam dan syarikat pengangkutan awam melarang pakaian wanita Islam yang menutup muka mereka, tetapi ia tidak akan mengharamkan burka, kata seorang menteri semalam.Menteri Ehwal Dalam Negeri Belanda, Encik Guusje ter Horst, berkata badan-badan awam sudah pun mempunyai wadah undang-undang untuk mengharamkan pakaian yang menutup muka wanita Islam itu.
“Kami tidak akan mengharamkan apa-apa tetapi kami percaya bahawa pertubuhan-pertubuhan (sekolah-sekolah, majlis-majlis perbandaran dan syarikat pengangkutan awam) juga merasakan (bahawa memakai burka) adalah tidak diingini,” jelas Encik Ter Horst.
Sebahagian besar parti-parti politik dalam parlimen Belanda menyokong pengharaman penuh terhadap pemakaian burka, yang menutup susuk tubuh wanita Islam dari kepala hingga jari kaki.
Namun, pemerintah Belanda berkata pengharaman terhadap pakaian itu akan melanggar hak kebebasan beragama dan mencabuli hak asasi terhadap kesamaan.
“Kabinet berpendapat memakai pakaian yang menutup muka sebagai sesuatu yang tidak diingini… Pada masa yang sama, memakai pakaian menutup muka Islam – seperti burka atau niqab – adalah hak pengamalan agama dan kebebasan beragama hanya boleh dilanggar dalam keadaan yang amat istimewa dan tertentu,” kata para menteri kabinet Belanda itu dalam satu kenyataan.
Encik Ter Horst berkata pemerintah Belanda akan menggesa sekolah-sekolah, penyedia khidmat pengangkutan awam, majlis perbandaran dan syarikat-syarikat awam lain untuk melarang kakitangan, pelajar dan penumpang mereka daripada memakai pakaian yang menutup muka itu.
Jika rundingan-rundingan itu gagal, pihak kabinet Belanda masih boleh memperkenalkan undang-undang penguat kuasa, kata para menteri tersebut. Burka membolehkan wanita Islam melihat menerusi sehelai kain jarang di bahagian muka mereka, manakala niqab pula menutup muka wanita berkenaan kecuali di bahagian mata.
Pihak media Belanda menganggarkan hanya sekitar 150 wanita Islam di sana memakai pakaian yang menutup muka daripada sejumlah 16 juta orang penduduk negara itu. Pada Oktober 2005, sebahagian besar Anggota Parlimen (AP) Belanda menyokong satu usulan oleh seorang AP Belanda yang berhaluan paling kanan, Encik Geert Wilders, untuk mengharamkan burka di tempat-tempat awam.
Namun, pemerintah Belanda sebaliknya mahukan semua sekolah dan syarikat pengangkutan awam di negara itu mengharamkan pemakaian semua pakaian yang menutup muka, termasuk balaclava dan topi keledar motosikal.
Ia juga merancang untuk mengadakan klausa khas dalam kontrak perkhidmatan kakitangan awam Belanda, yang melarang mereka daripada memakai pakaian yang menutup muka. Persatuan-persatuan pengangkutan awam Belanda bagaimanapun pernah berkata bahawa pengharaman ke atas burka “tidak dapat dilaksanakan dan tidak perlu”. – AFP
Allah Taala berfirman:
Maksudnya:
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbab mereka hingga ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Ahzab: 59)
1. Perkataan Jilbab bermaksud sejenis pakaian yang menutup seluruh tubuh badan kecuali mata sahaja.
2. Ada sesetengah ulama’ yang mengatakan boleh membuka muka dan tangannya. Mereka berpegang kepada firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya.”
(An-Nur: 31)
3. Hujah yang kedua tidak kuat, kerana ulama’ membahagikan perhiasan kepada 4:
i) Perhiasan semulajadi iaitu bentuk, kulitnya, matanya, hidung, bibir, pipi dan segala anggota tubuh badan.
ii) Perhiasan mendatang seperti bedak, celak, gincu dan segala alat solek.
iii) Perhiasan zahir iaitu pakaian dirinya.
iv) Perhiasan di dalam badan seperti gelang dan rantai. Erti ‘kecuali yang zahir’ adalah perhiasan yang ketiga iaitu pakaian sendiri.
4. Oleh itu ulama’ mengatakan perempuan hanya boleh menampakkan kepada lelaki bukan ‘mahram’ (ajnabi).
5. Ada dua qawl mengenai pakaian wanita yang merupakan aurat yang wajib dijaga apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi (boleh kahwin) mengikut pandangan Imam Syafie (mazhab Syafie):
i) Semua badan tanpa kecuali. (Inilah qawl yang paling sahih, paling nyata dan muktakad, diriwayatkan oleh Obnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir, al-Baydawiyy di dalam tafsirnya, dan lain-lain uala Syafie).
ii) Semua badan melainkan muka dan dua tapak tangan. Dibolehkan mendedahkan muka dan tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Tetapi wajib menutup keduanya di kala berlaku fitnah dan fasad, bukanlah disebabkan ianya aurat.
6. Syarat pakaian wanita ialah tidak berwarna-warni, berjalur-jalur, berpetak-petak dan segala bentuk fesyen yang menarik pemandangan orang lelaki.
7. Pakaian perempuan hendaklah satu warna sahaja iaitu warna gelap seperti hitam atau coklat, tidak boeh warna yang menarik seperti merah.
8. Pakailah pakaian yang tebal, jangan yang tipis hingga nampak kulit.
9. Perempuan hendaklah memakai pakaian yang luas tidak pakaian yang sempit hingga nampak susuk tubuh badannya.
10. Perempuan tidak boleh memakai bau-bauan wangi ketika keluar rumah. Hanya dibolehkan di dalam rumah terutama ketika bersama dengan suami.
11. Pakaian perempuan tidak boleh menyerupai lelaki.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya (riwayat Abu Daud):
“Nabi telah melakhnat wanita yang menyerupai pakaian lelaki dan lelaki yang menyerupai pakaian wanita.”

Assalamu alaikum.wanita dlm islam adalh sebuah mutiara yang sangat mahal dan indah. dia tidak akan dibiarkan disentuh atau dinikmati oleh sembarangan orang, mka dari itu ia sangat dijaga oleh islam dalm balutan busana muslimah. wanita islam, bukanlah sekuntum bunga yang tumbuh di tepi jalan, diantara semak2 dan rumput liar.yang tiap orang lewat bisa menikmati keindahannya,memetik, mengambilnya sesuka hatinya dan ia bisa dibuang saat sudah layu. WANITA MUSLIMAH ADALH PERHIASAN YANG SANGT MAHAL. saya tidak suka jika saudari2 saya, kecantikan dan kemolekannya dipajang di internet lalu setiap orang di dunia bisa menikmatinya. saya tidak ingin saudari2 yang say cintai karena Allah menjadi seperti bunga ditepi jaln itu.