Logo Background RSS

Amah diberkas lepas disyaki dera bayi majikan!!

  • Written by MuslimahMuslimah 1 Comment1 Comment Comments
    Last Updated: February 6th, 2008

    Seorang amah Indonesia diberkas polis kerana disyaki mendera bayi lelaki majikannya yang berusia dua bulan setelah videonye menendang bayi itu di paparkan dalam Internet di laman YouTube oleh ibu bapanya.

    Amah berusia 20-an tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin setelah disoal siasat polis.

    Siasatan ke atasnya masih diteruskan.

    Ibu bapa bayi itu telah memasang sistem televisyen litar tutup (CCTV) baru-baru ini di rumah mereka di Paya Lebar Crescent.

    Mereka membuat laporan polis pada 26 Januari lalu dan telah memaparkan rakaman video itu di YouTube.

    Sejauh ini, rakaman itu telah menarik perhatian seramai 36, 000 pengunjung. Seorang warga Internet yang dikenali sebagai PrincessJuly83 memberi ulasan:

    “Saya amat marah menyaksikan video ini. Bagaimanakah seorang amah boleh melakukan perkara sedemikian? Saya ibu dua anak dan tahu bagaimana sakitnya hati melihat anak anda diperlakukan sedemikian.

    “Saya harap bayi itu sihat tanpa kecederaan dalaman atau luaran.”

    Majikan amah itu berkata mereka memutuskan untuk memasang CCTV setelah melihat laporan tentang amah didakwa di mahkamah kerana mendera anak majikan.

    Mereka terkejut apabila melihat amah mereka sendiri melakukan perbuatan sedemikian. Menurut mereka, amah itu amat sopan dan lemah lembut apabila berada di depan mereka.

    “Kami tidak menyangka dia akan berlaku kasar tehadap anak kami,” ujar majikan yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Wong itu, di internet.

    Beliau memutuskan untuk memaparkannya di Internet supaya dilihat oleh ibu bapa lain agar lebih berwaspada terhadap amah yang menjaga anak mereka di rumah.

    Sila rujuk pada rakaman video tersebut di bawah:

    Maid abused baby 1

    Maid abused baby 2

    Maid abused baby 3

    Maid abused baby 4

    Maid abused baby 5

    Maid abused baby 6

    Komentar Muslimah:

    Kejadian sebigini sebenarnya sudah berkali-kali berlaku. Di mana pengasuh dari Indonesia seringkali menganiaya bayi-bayi yang tidak berdosa. Kalau memang ia ada dendam dengan majikannya, bukan kepada bayi itu yang harus mereka lepaskan. Apakah pengasuh-pengasuh dari Indonesia kebanyakannya tidak waras atau memang mereka ini segelintir daripada Hospital Gila?? Saya pernah menyaksikan ramai pengasuh dari Indonesia ini selalu membiarkan anak-anak majikan mereka tidak diberi makan mahupun minum. Sedangkan dia asyik berasmara menelefon bangla-bangla dengan menggunakan ‘public phone’ di bawa kolong blok. Yang segelintir itu membawa anak majikannya yang tidak berbaju dan hanya ber’pampers’ yang terlondeh. Kemungkinan penuh dengan najisnya. Setiap kali kejadian ini sering saya terlihat selepas saja saya pulang dari sekolah. Kesihan dan amat simpati sekali saya melihat cara mereka begitu ‘aggressive’ terhadap anak-anak yang tidak berdosa itu. Terutama sekali kepada bayi-bayi yang dijaganya. Walaupun anak atau bayi itu dari keturunan bangsa asing, bukankah dia lebih mengetahui yang dibawanya itu bayi & anak-anak yang masih kecil lagi? Yang ada diseretnya sepanjang perjalanan. Sungguh sadis sekali jika dilihat tanpa menegur. Saya tidak kira dan tidak ambil peduli jika ingin dibentaknya. Saya menegur dengan nada yang cukup tegas: “Jika sekali lagi kamu lakukan perbuatan seperti ini, aku tidak akan teragak-agak untuk menelefon agen ataupun polis! Ngerti!!”

    Jadi teringat pula sewaktu pakcik saya mengambil pengasuh dari Indonesia ke rumah untuk menjaga kebersihan rumahnya serta anak-anaknya yang dah besar panjang itu. Kerana terlalu percaya terhadap kebaikan dan keimanan yang ditunjulkan oleh amahnya itu, solat tidak pernah ditinggalkan dan sebagainya. Namun ‘don’t sangka clear water no buaya’ (kata bidalan orang-orang sekarang) dia pun mengundang bangla untuk masuk ke dalam biliknya. Kejadian ini telah pun berlaku selama 6 bulan. Bagaimana caranya ya? Bangla itu memanjat kondo di lantai 2 (orang sini kata tingkat 2) lalu masuk melalui tingkap biliknya. Apa yang mereka lakukan? Wallahu ‘alam bisowob. Hanya Allah swt saja yang lebih Mengetahuinya. Pada suatu hari itu, pakcik saya yang sedang tidur di ruang tamu mendapat telefon daripada salah satu jirannya. Jirannya yang telah membongkar rahsia amahnya itu dengan memberitahu perkara sebenar yang sering diperlihatnya. Pada waktu itu juga, jirannya menyuruh pakcik saya membuka pintu bilik amah itu untuk melihatkan siapa yang ada di dalam. Ternyata benar! Begitu terkejutnya pakcik saya menyaksikan apa yang dilihatnya di depan mata. Pada masa itu juga pakcik saya menghantarnya pulang tanpa mengambil tindakan apa-apa ke atas dirinya.

    Terlalu banyak keburukan yang tidak dapat saya ceritakan sepenuhnya. Kerana terlalu mengaibkan. Fikir-fikir dahulu sekiranya anda ingin mengambil pengasuh tidak kira daripada negara mana sekalipun. Mereka bukan ikhlas menjaga anak-anak anda. Walaupun mereka mempunyai pengalaman menjaga anak tetap sahaja mereka bukan ibu kepada anak-anak anda! Depan mungkin terlihat sopan tutur bicaranya ibarat pijak semut tidak mati tetapi setelah anda menyaksikan video di atas itu, itulah sebenar-sebenarnya sikap mereka. Sungguh biadap!! Terlalu banyak video seperti ini cuma tiada upaya ingin memaparkannya di YouTube. Di mana segelintir lagi pula membuang anak majikan mereka dari luar tingkap, lalu mereka pula turut terjun sama. Saya bukan ingin membela sesiapa di sini. Dan saya juga tidak hanya menekankan pada amah-amah sahaja. Ada juga amah-amah yang dianiaya oleh majikan mereka sedangkan mereka melakukan pekerjaan mereka dengan baik. Pernah mereka menangis merayu pada saya mengadukan hal mereka itu. Dengan tiada wang sesen pun pada dirinya, saya pun membawanya ke balai polis untuk diberi kesempatan kepadanya untuk mengadukan hal yang sebenar kepada polis tersebut. Airmatanya berjurahan tiada henti-henti. Jika benar mereka dianiaya, janganlah menggunakan kekuatan dan kesempatan yang ‘aggressive’ terhadap anak-anak mahupun bayi-bayi yang tidak berdosa itu. Simpatilah kepada anak-anak itu kerana mereka masih kecil. Ada segelintir yang mengatakan amah-amah ini sering dikurung oleh majikannya. Namun, apa yang sering saya perlihatkan mereka asyik menelefon dengan telefon bimbitnya yang agak mewah dan juga menggunakan ‘public phone’. Jika memang benar mereka dianiaya kenapa tidak sahaja menggunakan telefon bimbitnya itu untuk mengadu kepada agen ataupun polis bahawa diri mereka dianiaya. Di Singapura ini tidak kurang ‘public phone’. Ingin mengadukan kepada kami-kami pun boleh sahaja. Kami sedia menolong jika memang benar diri dia teraniaya. Kenapa mendiamkan diri sahaja lalu membiarkan majikannya menganiaya dirinya itu? Sama persis macam dalam drama-drama Sinetron Indonesia, selalu menunjulkan aksi kelemahan mereka itu. Kononnya tidak tahu memberontak! Kononnya lembut dan baik sepanjang masa. Terang-terangan kita ditipu!! Saya bukan niat ingin menghina tetapi inilah kenyataan yang sebenarnya! Yang sering saya saksikan di depan mata saya sendiri.

    Pada yang masih lagi ingin mengambil pengasuh-pengasuh dari negara mana sekalipun, dipersilakan. Namun, janganlah meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap mereka. Lebih baik lagi jika anda meletakkan CCTV di dalam rumah anda sendiri. Sekiranya perkara baik mahupun yang buruk berlaku, anda dapat menyaksikan dengan begitu jelas di CCTV.

  1. #1 masyitah
    January 1st, 2009 at 1:04 am

    terima aksih tas artikel ini.pglmn saya mempunyai maid,entah mengapa mereka suka tidak bersyukur.padahal di tempat asal mereka susah.2 maid saya suka menipu untuk selamatkan diri,memfitnah dan mencederakan anak2 saya apabila kami membimbing mereka cara2 bekerja?..ya Allah,semoga Engakau sentiasa menolong kami.amin

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em59:
  • :em04:
  • :em27:
  • :em56:
  • :em03:
  • :em61:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em63:
  • :em70:
  • :em42:
  • :em65:
  • :em48:
  • :em47:
  • :em51:
  • :em39:
  • :em21:
  • :em12:
  • :em26:
  • :em31:
  • :em44:
  • :em55:
  • :em54:
  • :em08:
  • :em18:
  • :em38:
  • :em01:
  • :em02:
  • :em52:
  • :em46:
  • :em40:
  • :em07:
  • :em68:
  • :em35:
  • :em17:
  • :em09:
  • :em58:
  • :em60:
  • :em28:
  • :em14:
  • :em57:
  • :em53:
  • :em67:
  • :em49:
  • :em62:
  • :em05:
  • :em45:
  • :em32:
  • :em29:
  • :em20:
  • :em64:
  • :em50:
  • :em15:
  • :em19:
  • :em33:
  • :em23:
  • :em24:
  • :em37:
  • :em71:
  • :em66:
  • :em06:
  • :em22:
  • :em16:
  • :em69:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em43:
  • :em34:
  • :em11:
  • :em13:
  • :em36: